Kemahiran
merupakan satu aspek penting yang perlu ada dalam diri setiap pekerja sosial
yang mempraktiskan amalan kerja sosial sama ada dalam praktis mikro, mezzo atau
makro. Kemahiran yang diperlukan dipratiskan semasa intervensi besama klien (banduan
atau juvana). Terdapat pelbagai kemahiran kerja sosial untuk memulihkan
seseorang banduan atau juvana.
1. Amaran kerja
sosial dengan Individu
Menurut Abdul Razak Abd Manaf (2012) dalam buku Asas-asas Amalan Kerja Sosial, individu
merupakan komponen penting dalam pembentukan masyarakat. Setiap individu mempunyai
peranan masing-masing dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan
ini dan seterusnya membentuk masyarakat yang dinamik. Oleh itu, banduan atau
juvana juga merupakan satu komponen penting dan mengubahkan tindak lakunya
untuk kembali ke jalan yang betul.
Memandangkan
kehidupan di dunia ini semakin kompleks, pendekatan yang ditawarkan menerusi
praktis kerja sosial dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian bagi
mengatasi serta mengurangkan keadaan yang boleh mengganggu kehidupan individu
masyarakat di dunia. Walaupun kehidupan sekarang dilengkapi dengan kemudahan
teknologi yang canggih, namun kehidupan manusia masih dibelenggu dengan krisis
dan memerlukan bimbingan dan bantuan pada satu-satu masa yang tertentu. Dengan
sehubungan itu, pendekatan amalan kerja sosial individu ini dapat meningkat dan
mempekembangkan kefungsian sosial individu terutamanya banduan dan juvana.
Seseorang
pekerja sosial yang perlu berhadapan dengan pelbagai ragam klien terutamanya
bagi banduan dan juvana perlu mempunyai pelbagai jenis kemahiran. Kemahiran-kemahiran
ini diperoleh menerusi praktis dan kefahaman yang mendalam mengenai klien di
mana pekerja sosial tersebut dapat menjiwai segala perasaan yang dialami oleh
klien.
Sehubungan
dengan itu, kemahiran menemu bual juga penting dalam amalan kerja sosial dengan
individu mahupun dalam kelompok. Menurut Abdul Razak Abd Manaf (2012) dalam buku Asas-asas Amalan Kerja Sosial, kemahiran menemu bual ini meliputi
kemahiran-kemahiran seperti yang berikut,
a.
Reaksi pertama:
Kemahiran
pekerja sosial memberikan reaksi terarah merupakan kemahiran yang paling
penting untuk dipraktiskan oleh pekerja sosial. Hal ini memandangkan ia akan
memberi kesan yang mendalam terhadap tahap keyakinan klien untuk meneruskan
sesi intervensi bersama pekerja sosial. Reaksi ini melibatkan tiga kaedah iaitu
menerusi system audio, kinestetik dan penglihatan.
b.
Paraphrasing:
Kemahiran
ini memerlukan pekerja sosial mengulangi pernyataan yang dilontarkn oleh klien
dengan menggunakan perkataan sendiri. Walau bagaimanapun, maksud ayat tersebut
mestilah tidak bertentangan dengan maksud yang disampaikan oleh klien. Tujuannya
ialah untuk memastikan pekerja sosial memahami situasi yang diceritakan oleh
klien. Penyampaian oleh pekerja sosial haruslah dalam bentuk pernyataan dan
bukan soalan.
c.
Pantulan perasaan (Reflection of feeling):
Untuk
menggunakan kemahiran ini, pekerja sosial perlu peka dengan bahasa bukan lisan
klien seperti renungan mata, nada suara, tingkah laku dan sebagainya. Pekerja
sosial juga boleh menyenaraikan beberapa pilihan mengenai apa yang dirasakan
oleh klien tapi dalam maksud yang sama untuk klien pilih mengenai apa yang
sebenarnya dimaksudkan. Langkah ini akan lebih menyakinkan klien bahawa
masalahnya diberi perhatian oleh pekerja sosial.
d.
Soalan terbuka:
Soalan
terbuka ini seringkali digunakan untuk pekerja sosial mendapatkan maklumat yang
terperinci daripada klien. Soalan boleh diajukan dalam bentuk linear misalnya
daam bentuk urutan peristimewa. Ini akan memudahkan klien untuk menceritakan
apa yang telah berlaku. Soalan dalam bentuk hipotetikal juga boleh memberikan
klien peluang untuk menjelaskan dengan lebih terperinci. Soalan yang diberikan
haruslah dalam ayat yang ringkas serta fokus terhadap perbincangan isu yang
klien hadapi. Soalan “mengapa” boleh memberikan impak yang negative kepada
klien jika tidak noleh menjawab kerana tidak semua tahu alas an kepada setiap
perbuatan mereka. Oleh itu, lebih baik jika persoalan “mengapa” digantikan
dengan soalan yang lebih khusus.
e.
Soalan tertutup:
Bentuk
soalan tertutup ini pula bertujuan untuk mendapatkan kepastian maklumat
daripada klien mengenai sesuatu perkara. Pada masa yang sama, maklumat yang
ringkas tetapi penting mudah untuk diperoleh contohnya seperti tarikh lahir,
bilangan adik-beradik dan sebagainya. Melalui bentuk soalan ini juga akan
memberi peluang untuk pekerja sosial mendapatkan jawapan mengenai tahap
kepuasan klien terhadap sesuatu perkara berdasarkan skala yang diberikan.
f.
Penjelasan:
Kemahiran
ini memberi peluang kepada pekerja sosial untuk mengenal pasti apa yang klien
fikirkan, rasa dan alami berkenaan sesuatu situasi. Adalah pentng untuk pekerja
sosial mendapatkan penjelasan mengenai apa yang disampaikan oleh klien kerana
setiap perkataan mereka menjelaskan situasi klien itu. Kesediaan pekerja sosial
untuk mendapatkan kepastian daripada klien akan melancarkan proses intervensi
selain dapat mengelak dari salah faham terhadap situasi klien.
g.
Ringkasan:
Ringkasan
perbincangan dengan klien merupakan satu bentuk pernyataan yang menjelaskan
kandungan cerita dan perasaan klien hasil daripada sesi temu bual. Kaedah ini
sangat sesuai digunakan untuk memulakan sesuatu sesi baru dengan meringkaskan
perbincangan yang lalu. Dengan cara ini, dapat membantu kelangsungan sesi
perbincangan berjalan lancar. Selain itu, pekerja sosial boleh menggunakan
kemahiran ini bagi mengawal sesi perbincangan jika klien cenderung untuk
menceritakan perkara yang tidak berkaitan isu perbincangan.
h.
Pemberian maklumat:
Kemahiran
ini memerlukan perkerja sosial mempunyai imu pengetahuan yang tinggi mengenai
pelbagai perkara. Dengan itu, penyampaian maklumat kepada klien akan lebih
mudah untuk disampaikan apabila diperlukan. Walau bagaimanapun, pekerja sosial
perlu peka dengan budaya setempat sesuatu negara. Pekerja sosial juga perlu
peka jika klien mempunyai kemampuan berbahasa yang terhad. Dalam hal ini,
pekerja sosial perlu menyediakan bahan rujukan mengikut bahasa yang digunakan oleh
klien dengan secukupnya.
i.
Konfrontasi:
Konfrontasi
bertujuan untuk mendapat kepastian jika klien membuat kenyataan yang
mengandungi dua maksud yang berbeza. Pekerja sosial perlu peka dengan bahasa
lisan dan bahasa badan klien semasa sesi temu bual. Walau bagaimanapun,
hubungan klien dan pekerja sosial perlu berada pada tahap saling mempercayai
dan selamat untuk mengelakkan klien berasa tidak yakin dan sebagainya.
j.
Interpretasi:
Kemampuan
pekerja sosial untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaita yang telah klien
perkatakan adalah merujuk kepada kemahiran ini. Hubungan klien dan pekerja
sosial perlu kukuh sebelum pekerja sosial menggunakan kemahiran ini semasa
proses interprestasi. Emosi perlu dielakkan semasa menggunakan kemahiran ini. Interprestasi
yang baik adalah ringkas dan padat untuk memberikan kefahaman dan penjelasan
kepada klien.
Selain
itu, kaunseling individu juga merupakan satu kemahiran. Fuziah Shaffie (2001) dalam buku Pengenalan Kerja Sosial artikel-artikel
pilihan telah menyatakan bahawa kaunseling individu merupakan
pendekatan pemulihan yang paling biasa. Pendekatan ini bukan bertujuan mengubah
personaliti banduan atau juvana tetapi cuba membantu banduan atau juvana
memahami dan menyelesaikan masalah penyesuaian mereka. Selain itu, kemahiran
ini juga untuk menyedarkan kembali kesedaran ini banduan terhadap tanggungjawab
diri dan masyarakat. Proses kaunseling ini memakan masa agak lama. Kaunselor
akan menerokai masalah besar yang dihadapi oleh kliennya (bantuan/juvana). Cara
ini akan membolehkan kliennya secara tidak langsung menyedari bahawa siapa
diriny dan apakah yang telah dilakukan selama ini. Klien akan merasa insaf dan
kaunselor akan memberi cara bagaimana untuk balik ke pangkal jalan.
2.
Amalan kerja sosial dengan kelompok
Menurut Abdul Razak Abd Manaf (2012) dalam buku Asas-asas Amalan Kerja Sosial, kelompok
didefiniskan sebagai sekumpulan individu yang mempunyai hubungan di mana satu
sama lain dan mempunyai beberapa persamaan yang signifikan. Kelompok merupakan
dua atau lebih individu yang berinteraksi secara bersemuka, setiap dari mereka
sedar keahlian dalam kumpulan, menjadi ahli kumpulan dan saling bergantung
secara positif sebagai usaha untuk mencapai matlamat mereka.
Abdul Razak Abd Manaf (2012) dalam buku Asas-asas Amalan Kerja Sosial
juga menyatakan bahawa kerja
kelompok pula merupakan satu kaedah praktis kerja sosial dengann
individu-individu dalam kumpulan untuk perkembangan diri, peningkatan fungsi
sosial serta matlamat. Kaedah kerja kelompok melibatkan pengambilan penilaian,
perancangan kes, komposisi kumpulan, intervensi dan penamatan. Kerja kelompok
sebagai aktiviti bermatlamat dengan sekumpulan orang yang bertujuan untuk
memenuhi keperluan sosioemosi dan menghasilkan tugasan. Aktiviti ini ditujukan
kepada individu dan kelompok secara keseluruhan.
Antara
jenis kerja kelompok yang sesuai digunakan dalam pemulihan inidividu adalah
kelompok rawatan. Kelompok rawatan jenis terapi adalah satu pemulihan yang
sangat sesuai dalam pemulihan individu. Abdul Razak Abd Manaf (2012) dalam buku Asas-asas Amalan Kerja Sosial telah menyatakan bahawa Kelompok terapi adalah bertujuan untuk
membantu ahli mengubah tingkah laku, membantu berdepan dengan masalah peribadi
dan membantu untuk memulihkan diri. Ciri-cirinya ialah lebih banyak fokus
kepada masalah dan matlamat individu berbanding dengan kelompok yang lain,
mempunyai tujuan yang sama namun pencapaian matlamat mungkin berbeza untuk
setiap ahli, pendedahan diri di tahap antara sederhana dan tinggi serta ketua
bertindak sebagai pakar atau fasilitator.
Selain itu, kelompok pembelajaran juga boleh digunakan dalam proses
pemulihan. Menurut Abdul Razak Abd Manaf (2012) dalam buku Asas-asas Amalan Kerja Sosial, kelompok pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
ahli menerusi pembentangan. Ia juga diwujudkan untuk perbincangan dan
berdasarkan pengalaman. Ciri-ciri kelompok ini berdasarkan minat yang sama
untuk meningkatkan pengetahuan, ahli-ahli mempunyai tahap pendidikan dan
kemahiran yang sama, fokus kepada pembelajaran individu dan kelompok, tidak
banyak pendedahan diri dibuat dan ketua bertindak untuk pendidik. Sebagai contoh,
kelompok pembelajaran boleh diaplikasikan apabila mengajar klien dalam
kemahiran-kemahiran seperti membuat batik, supaya selepas klien dilepaskan mempunyai
kemahiran untuk menyarakan kehidupan mereka sendiri.
Di samping itu, kaunseling kelompok juga merupakan salah satu kemahiran untuk mengedalikan
kelompok dalam pemulihan. Fuziah Shaffie (2001) dalam buku Pengenalan Kerja Sosial artikel-artikel pilihan telah menyatakan bahawa kaunseling kelompok adalah bertujuan untuk
mengembalikan semula fungsi banduan dalam masyarakat apabila ia dibebaskan
nanti, dalam bentuk ini semua klien yang mempunyai masalah yang sama akan
dikumpulkan. Mereka akan diketuai oleh seorang kaunselor atau pekerja sosial
dan co-learder yang mereka pilih sendiri. Di kalangan mereka akan wujud saling
percaya-mempercayai dan segala masalah yang wujud akan diluahkan tanpa rasa
malu dan cuba menyelesaikan satu persatu bagaimana keadaan-keadaan yang
menyebabkan mereka jadi begini.
Disediakan oleh, CHOO WENG LOON (222684).
Rujukan:
Abd
Razak Abd Manaf. (2012). Asas-asas amalan kerja sosial. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Fuziah
Shaffie & Abd Razak Abd Manaf. (2001). Pengenalan kerja sosial artikel-artikel pilihan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.