Rabu, 10 Disember 2014

HUKUMAN BUNUH: SUATU KOMENTAR PEKERJA SOSIAL




PENGENALAN

Terdapat banyak negara di dunia yang memperuntukkan hukuman mati kepada pesalah sebagai jalan untuk melawan jenayah. Perubahan masa yang berlaku telah mengubah banyak perkara berkaitan dengan hukuman yang dianggap 'ultimate punishment' ini. Bermula dengan perubahan kaedah hukuman hinggalah timbul perdebatan hangat tentang keperluan peruntukan hukuman mati itu sendiri. Setiap penghujahan yang dikemukakan tetap mempunyai asasnya yang tersendiri. Walau apa pun pendirian yang dibawa, didapati terdapat 106 buah negara di dunia yang masih memperuntukkan hukuman mati dalam sistem perundangan masing-masing. Terdapat negara tertentu yang menggunakan peruntukan itu secara agresif (kerap). Namun terdapat juga yang jarang digunakan dan hanya sekadar wujud tapi tidak pernah digunakan. Saya bukanlah mendukung sepenuhnya hukuman mati ini dilaksanakan terutama apabila ia melibatkan hak asasi manusia tetapi hukuman mati ini masih lagi relevan untuk dilaksanakan jika penjenayah tersebut melakukan kesalahan berat yang tidak sepatutnya dilakukan terutama apabila melibatkan soal nyawa. Nyawa individu juga merupakan hak yang dilindungi oleh Perlembagaan di kebanyakan negara. la tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun tanpa kebenaran undang-undang. Oleh itu, hukuman mati hanya  dikenakan bagi kesalahan yang berat yang sepadan dengan hukuman. Kaedah-kaedah perlaksanaan hukuman mati di setiap negara adalah berbeza-beza. Di Arab Saudi misalnya yang mengamalkan Undang-Undang Islam telah melaksanakan hukuman mati secara memancung kepada pesalah. Ada beberapa negara pula ada beberapa cara hukuman mati seperti menyuntik racun, menggunakan kerusi elektrik. Di China pula, hukuman mati dilaksanakan dengan menembak tepat ke kepala pesalah, Apa pun cara yang dilakukan, hukuman mati dilaksanakan cuba tidak menyeksa pesalah. Nyawa pesalah diambil secara cepat bagi memastikan pesalah tidak terseksa.  

A.    KESALAHAN-KESALAHAN YANG MELIBATKAN HUKUMAN MATI DI MALAYSIA


1.   Kanun Keseksaan (Penal Code)
Ada beberapa seksyen di dalam Kanun Keseksaan dengan jelas menyebut kesalahan yang apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman mati. Antaranya ialah:
Seksyen 121     :Berperang atau mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang
                          di- Pertuan Agong atau Raja atau Yang di­Pertua Negeri          
Seksyen 121A  :Kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di- Pertuan Agong.
Seksyen 132     :Menyubahati Dahagi, jika dahagi dilakukan oleh sebab subahat itu.
Seksyen 194     :Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan
                          atas  kesalahan hukum bunuh.        
Seksyen 302     : Siksaan bagi kesalahan membunuh orang.
Seksyen 305     : Menyubahati kanak-kanak atau orang gila membunuh diri.
Seksyen 364    : Penculikan.
Seksyen 396    : Rompak berkumpul serta membunuh orang.
2.    Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
3.    Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta 37.
4.    Akta Dadah Berbahaya 1952

B.      KAEDAH PERLAKSANAAN HUKUMAN MATI

Bagi negara yang menguatkuasakan hukuman mati, masing-masing mempunyai kaedah dan alasan tersendiri bagi melaksanakan hukuman seperti gantung sampai mati, pancung, kerusi elektrik, tembak, suntika dan gas beracun. Kaedah atau teknik pelaksanaan hukuman mati mempunyai perkaitan dengan perkembangan sains dan perubahan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan tamadun. Walau apa pun teknik yang digunakan, adalah dipercayai semuanya memberi kesan yang pantas untuk mematikan seseorang.

i)                    Hukuman Bakar Sampai Mati
Kaedah in popular sebagai langkah deraan dan digunakan dengan meluas bagi kesalahan yang berkaitan dengan mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan orang ramai (hertics), mengamalkan ilmu sihir (witches) dan perempuan yang berprasangka buruk (suspicious women). Hukuman bakar sampai mati kali terakhir telah berlaku di Sepanyol pada tahun 1834.

ii)                  Roda
Kaedah ini merupakan teknik deraan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Orang yang dihukum akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu yang tajam atau menuruni bukit sehingga orang yang dihukum itu mati. 

iii)      'Guillotine'
Kaedah yang digunakan secara meluas semasa revolusi Perancis ini melibatkan penggunaan peralatan pemotong kepala yang menggunakan mata pisau (blade).

iii)                Gantung dan 'Garotte'
Kaedah gantung melibatkan pesalah digantung dengan tali untuk mematahkan tengkoknya. Manakala kaedah 'Garotte' merupakan teknik deraan yang popular mirip kepada hukuman  gantung. Peralatan seperti rak atau gelung dimuatkan pada tengkok pesalah, dipulas perlahan-lahan hingga tegang dan menyekat pengaliran darah. Mulut pesalah disumbat ketat dan rantai digunakan untuk mengikat lehernya.

v)           Tembak
Hukuman yang dijalankan secara tembakan akan dilakukan oleh lima orang penembak tepat. Sebahagian dari penembak tersebut akan diisikan senjata mereka dengan peluru kosong. Ini bermakna pembunuh sebenar adalah tidak diketahui.

    vi)        Gas Beracun
Menerusi kaedah ini banduan akan ditempatkan di dalam bilik yang berkunci dan tiada pengaliran udara. Gas hydrocyanic (asid hidroklorik + potassium cyanide@sodium cyanide) yang dibebaskan akan menyebabkan kemusnahan proses keupayaan badan untuk menghasilkan hemoglobin darah.

      vii)      Kerusi Elektrik
Hukuman ini dijalankan dengan menggunakan sebuah kerusi yang direka khas dimana banduan akan dikehendaki duduk atas kerusi dan badan serta kepala banduan akan dilekapkan dengan elektrod tembaga yang dihubungkan kepada bekalan elektrik. 
   
     viii)       Suntikan (Lethal Injection)
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan 3 kelas bahan kimia yang berbeza jenis dan kuantiti. Sodium Thiopental akan disuntik dan menyebabkan banduan tidur dengan nyenyak. Selepas itu, Pancuriom Bromide akan disuntik dan menyebabkan banduan berhenti bernafas dan pengsan. Akhir sekali Potassium Chloride akan disuntik dan jantung banduan akan terhenti.

                            www.youtube.com/watch?v=8ZWqsvx6jKA

B.                 REAKSI PELAKSANAAN HUKUMAN MATI

Terdapat pelbagai reaksi yang melahirkan pandangan yang pro dan kontra terhadap hukuman yang dikenakan. Bagi mereka yang bersetuju dengan hukuman mati, menganggap ianya adalah satu bentuk deraan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukuman mati akan memastikan mereka tidak terlibat semula dan mengulanginya. Sebagai satu pengajaran kepada umum, terdapat negara yang menjatuhkan hukuman mati di khalayak ramai dan di kawasan lapang atau tempat awam. Di negara kita, hukuman gantung dijalankan secara tertutup.

KESIMPULAN

Hukuman mati adalah hukuman yang paling berat yang hanya dikenakan ke atas kesalahan yang berat untuk menjamin keselamatan dan kepentingan umum. Saya percaya pentadbiran mahkamah mengambil keputusan yang teliti dan hakim berhati-hati apabila ingin menjatuhkan hukuman mati. Hukuman mati pada dasarnya haruslah difahami sebagai suatu hukuman yang diberikan kepada seseorang, bukan hanya atas pertimbangan perbuatan masa lalunya (kejahatan yang telah dilakukan) tetapi juga keyakinan bahawa orang yang disabitkan tidak dapat diperbetulkan atau dibina kembali kepercayaan bahawa mereka tidak lagi melakukannya. Hukuman mati juga sebagai satu pengajaran dan keadilan bahawa hutang darah mesti di balas dengan darah dan sebagai satu timbal balas di atas jenayah berat yang telah dilakukan. Tentunya, kerangka pemikiran seseorang individu mengenai pelaksanaan hukuman mati ini menjadi sangat luar biasa dan hanya terbuka dengan melihat kepada kemungkinan berlaku bagi kejahatan yang sangat luar biasa (very extraordinary crimes). 

RUJUKAN

Azman Mohd Noor. (in press) Hukuman Mati Mandatori: Satu Analisis Menurut Pengamalan Undang-                       Undang di Malaysia dan Syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 14-2. Retrieved                     from http://www.ukm.my/juum


Jabatan Penjara Malaysia.(2010). Retrieved from  


Pengurusan Banduan Hukuman Mati.(2004,15 Disember). Retrieved from       






Selasa, 9 Disember 2014

Mohamad Hezrie Bin Salim (219541)



Jenayah


Definisi jenayah ialah sesuatu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang negara. Terdapat dua jenis jenayah, iaitu jenayah ringan dan jenayah berat. Jenayah ringan merangkumi perbuatan mencuri, samun, dan meragut. Jenayah berat pula termasuklah membunuh, merogol, mendera, mengedar dadah serta menyeludup barangan haram. Dewasa ini, media massa sering melaporkan pelbagai kes jenayah yang berlaku di seluruh negara. Kita sering digemparkan dengan kes rogol dan bunuh, gengsterisme, meragut, menyamun, rasuah, dan penyeludupan. Peningkatan jenayah di negara ini lebih ketara di kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar. Idea asas untuk memerihalkan jenayah ialah apa-apa perkara yang boleh mendatangkan masalah, kesusahan serta ancaman kepada orang lain. Sebagai contohnya, semua orang akan mengakui bahawa mencuri dan mencederakan serta membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Islam juga tidak terlepas daripada memberi pandangan terhadap konsep jenayah. Terdapat beberapa kategori jenayah yang dapat dilihat dari segi pandangan Islam. Jenayah hudud dikatakan pelanggaran hak Allah yang dikenali juga sebagai hak awam atau masyarakat dan para pelaku dikatakan berdosa besar.  Kesalahan jenayah hudud dan hukumannya adalah bersifat mandatori. Takzir pula merupakan pelanggaran hak Allah iaitu hak awam dan kesalahan takzir disebut dalam syariah. Hukumannya terserah kepada budi bicara pemerintah memandangkan hukuman yang dikenakan tidak bersifat mandatori. Qisas pula merupakan kesalahan yang dilakukan dengan sengaja dan niat bagi membunuh atau mencederakan seseorang. Dari segi konsep, individu yang melakukan jenayah ini dikatakan telah melanggar hak Allah tetapi Islam menganggap hak individu adalah lebih besar dalam hal ini.
Perbuatan jenayah adalah berbeza pemahaman dan penerimaannya dalam masyarakat yang berbeza. Sesuatu yang dianggap jenayah disesebuah tempat atau daerah tidak semestinya juga menjadi jenayah di tempat dan daerah lain. Malah sesuatu yang dibenci masyarakat di sesebuah kawasan mungkin amat disukai oleh masyarakat di kawasan lain.  Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.
Terdapat pelbagai kategori jenayah yang dapat disenaraikan. Antaranya ialah jenayah berat, jenayah siber, jenayah seksual, jenayah perang, jenayah juvana serta jenayah komersil. Jenayah berat juga dikenali sebagai “Feloni”. Feloni merupakan sejenis jenayah yang memberi impak sangat besar kepada masyarakat dan memberi ancaman yang tinggi terhadap keamanan sesebuah masyarakat. Contoh jenayah berat ialah seperti merompak, mengedar dadah, merogol, membunuh dan seumpamanya. Seseorang yang disabitkan kepada jenayah berat juga menerima hukuman yang sangat berat seperti sebatan, penjara seumur hidup, penjara sepanjang hayat dan hukuman yang paling berat ialah hukuman gantung sampai mati. Klasihfikasi jenayah berat juga adalah berbeza di antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Misalnya di Amerika Syarikat adalah tidak dilarang untuk memiliki senjata secara umumnya. Namun berbeza pula dengan negara Malaysia dimana pemilikan senjata merupakan sesuatu yang dianggap sebagai jenayah berat melainkan bagi kes-kes tertentu.
Jenayah siber pula merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Namun yang menjadi masalahnya ialah terdapat ramai individu yang tidak bertanggungjawab terhadap web yang dicipta oleh mereka. Pelbagai maklumat yang telah diwujudkan sehinggakan masyarakat menjadi buta terhadap apakah maklumat yang boleh dipercayai dan maklumat apa yang tidak boleh dipercayai. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Melalui Internet juga, keamanan sesebuah negara dilihat tergugat apabila sesuatu perkara yang berbaur hasutan dan fitnah amat mudah untuk disebarkan dimana akhirnya hanya menimbulkan perpecahan serta pergaduhan dalam masyarakat.
Jenayah seksual pula merupakan aktiviti jenayah yang melibatkan isu jantina sama ada berlainan jantina ataupun sesame jantina. Aktiviti rogol merupakan aktiviti jenayah yang paling sinonim dengan jenayah seksual. Istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Bentuk-bentuk jenayah rogol ialah seperti rogol bergilir-gilir, rogol dan penyiksaan seksual, rogol statutori dan rogol kenalan. Selain daripada rogol, jenayah seksual juga merangkumi sumbang mahram, liwat, sindiket pelacuran, penderaan seksual kanak-kanak dan seumpamanya. Internet juga dikatakan sebagai punca jenayah seksual meningkat. Sejak perkhidmatan internet diperkenalkan di negara ini pada 1987 dan peningkatan penjualan VCD dan DVD lucah yang dilakukan secara berleluasa, didapati bahawa kes jenayah seksual juga turut meningkat.
Jenayah perang pula merupakan pencabulan yang serius terhadap undang-undang yang melibatkan konflik bersenjata yang juga dikenali sebagai undang-undang kemanusiaan antarabangsa atau Hak Asasi Manusia. Antara perkara yang disenaraikan sebagai jenayah perang ialah termasuklah pembunuhan, layanan buruk atau pengusiran penduduk awam di wilayah yang diduduki, pembunuhan atau layanan buruk tawanan perang, pembunuhan banduan, kemusnahan yang melampaui batas, bandar-bandar, pekan dan kampung-kampung, dan apa-apa kemusnahan yang tidak wajar oleh keperluan ketenteraan, atau orang awam. Contoh isu antarabangsa yang dapat disentuh ialah seperti jenayah perang yang dilakukan oleh negara Israel terhadap negara Palestin.  Melihat kepada apa yang telah dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin, ianya jelas menunjukkan bahawa negara Zionis itu telah melakukan pencerobohan terhadap kedaulatan sebuah negara merdeka. Jenayah perang dilaksanakan secara terang-terangan tanpa menghiraukan sensitiviti dan rayuan masyarakat dunia lain agar jenayah tersebut dihentikan segera (Roper dan Barria, 2007).
Jenayah juvana pula terdiri daripada pelakunya yang sangat muda iaitu 18 tahun dan ke bawah. Istilah jenayah juvana merujuk kepada pelanggaran undang-undang oleh seseorang juvana. Mengikut akta Mahkamah Juvana, 1947 (AKTA 90) juvana membawa makna seseorang yang boleh menanggung tanggungjawab jenayah yang ditetapkan dibawah seksyen 82 Kanun Keseksaan dan dibawah umur 18 tahun. Hal ini demikian kerana apabila mereka melepasi usia 18 tahun, mereka akan dikira sebagai golongan dewasa. Faktor-faktor seperti ekonomi, pengangguran, urbanisasi serta komunikasi merupakan faktor utama yang membawa kepada jenayah juvana.  Sekiranya mereka yang melakukan jenayah pada umur muda itu telah melepasi umur dewasa iaitu 18 tahun dan keatas, dan hukuman mereka belum tamat, maka mereka akan dibawa ke penjara dan akan menjalani hukuman seperti orang dewasa yang lain.
Jenayah komersil pula merujuk aktiviti jenayah seperti penipuan yang memperdaya seseorang atau syarikat untuk mendapatkan barang-barang dan wang melalui pemalsuan. Ia adalah disebabkan oleh ketamakan dan pekerjaan yang tidak menentu. Antara bentuk jenayah-jenayah komersil ialah seperti penipuan kad kredit, penipuan e-Banking, penipuan wasiat, penipuan insurans dan seumpamanya. Penipuan kad kredit berlaku kerana masyarakat di seluruh dunia menggunakan kad pembayaran plastik secara meluas. Mereka menjadikan ianya sebagai sebahagian daripada cara urus niaga harian dalam pasaran kewangan. Malangnya, penipu kad kredit juga telah menembusi hal ini secara meluas.
Penipuan e-Banking pula melibatkan bank. kecuaian pihak pelanggan yang mendedahkan kata laluan kepada pihak ketiga menjadi punca utama mereka menjadi mangsa (Nazura dan Jasri, 2003). Dalam kebanyakan kes, mangsa menerima SMS kononnya mangsa telah memenangi hadiah wang tunai.    Penipuan wasiat pula merupakan penipuan yang berkaitan dengan peninggalan wasiat oleh seseorang kepada seseorang yang dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Beberapa dokumen sokongan dari jabatan kerajaan tertentu seperti Kementerian Kehakiman, Mahkamah, Bank Negara Malaysia dan sebagainya disertakan untuk menyakinkan mangsa. Seterusnya  suspek akan mengenakan bayaran untuk menguruskan pemindahan wang tersebut kepada mangsa. Namun hakikatnya harta yang didakwa tidak wujud. Penipuan insuran pula merujuk penipuan yang berlaku dalam industri insuran. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu penipuan oleh orang dalam, penipuan oleh pemegang polisi dan penipuan oleh pihak ketiga.





 




Rujukan
Nazura Abdul Manap  & Jasri Jamal. (2003). Jenayah komputer : Perbandingan menurut Akta
      Jenayah Komputer 1997 dan Prinsip Undang-undang Jenayah Islam. Jurnal Undang-
      undang dan Masyarakat, 7 , 15-36. http://www.ukm.my/juum/JUUM%202003
     /Jenayah_Komputer%20%28full%29.pdf

Onna, J. H. R. V., Geest, V. R. V. D., Huisman, W. & Denkers, A. J. M. (2014). Criminal
      trajectories of white-collar offenders. Journal of Research in Crime and Delinquency,
      51(6), 759-784. doi: 10.1177/0022427814531489
   

 Roper, S. D., & Barria, L. A. (2007). Donor motivations and contributions to war crimes         
       tribunals. Journal of Conflict Resolution, 51(2), 285-304. doi:               
      10.1177/0022002706297702

Zainal Azam  Abd. Rahman. (t.t). Memahami konsep membanteras jenayah. Dicapai
       daripada  http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/6691-memahami-
       konsep-membanteras jenayah.















HUKUMAN , PEMULIHAN MASYARAKAT [ NURUL NABILAH RAMLI , 220675 ]



Secara umumnya, setiap perbuatan baik atau jahat pasti akan mendapat balasannya tersendirisama ada balasan didunia atau diakhirat. Setiap kesalahan yang dilakukan bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang yang digubal untuk mengawal selia kehidupan manusia pasti akan menerima balasan atau hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman yang dijalankan terdapat beberapa objektif yang tersendiri misalnya , 

1. Mengelakkan pesalah daripada mengulangi kesalahan mereka
2. Memberikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama
3. Melindungi keselamatan dan kepentingan awam termasuk nyawa,akal, keturunan dan harta benda
4. Memelihara maruah dan kedaulatan negara
5. Memberikan hukuman yang setimpal diatas jenayah atau kesalahan yang dilakukan oleh seorang pesalah

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Antara jenis-jenis hukuman ialah hukuman mengenai tubuh badan seperti tubuh badan, hukuman berkaitan sekatan kebebasan seperti penjara aderah dan lain-lain hukuman berkaitan harta seperti denda serta pelbagai hukuman lain berdasarkan budi bicara pemerintah. Jenis-jenis hukuman adalah seperti berikut,

1.SEBAT
   Hukuman sebat selain dikenakan terhadap jenayah hudud seperi zina yang dilakukan seseorang yang belum berkahwin dan jenayah tuduh zina, ianya juga dikenakan terhadap jenayah berat yang terdapat dalam undang-undang. Terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan bilangan sebatan maksimum yang diizinkan dalam jenayah berat.


                                                      Hukuman sebat di Malaysia


2. PENJARA
    Hukuman penjara di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu hukuman penjara untuk sesuatu tempoh atau penjara seumur hidup. Tempoh hukuman penjara adalah bergantung terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pesalah



3. GANTUNG SAMPAI HATI
    Dikenakan kepada penjenayah yang terlibat dengan jenayah berat (pembunuhan,pengedaran dadah,pengkhianatan dan melancarkan perang.




PERINTAH PEMULIHAN
Kuasa bidang Mahkamah Syariah berhubung dengan perintah pemulihan.
Kuasa mahkamah untuk mengkomitkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan diluluskan hanyalah terhad kepada kesalahan tertentu. [ 55 Akta 559 ]
Perintah untuk berkelakuan baik seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 128 (pesalah muda) dan seksyen 129 Akta 560 (pesalah kali pertama), s 55 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] mempunyai kuasa untuk mengkomitkan orang yang disabitkan kesalahan dibawah Bahagian II atau dibawah seksyen 7,8,9 atau 31. Akta tersebut ke pusat pemulihan untuk menjalani apa-apa kaunseling atau pemulihan Seksyen 55 Akta 559.

Kuasa mahkamah untuk mengkomitkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan diluluskan.
Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan dibawah Bahagian 11 atau dibawah seksyen 7,8,9 atau 31. Mahkamah itu boleh sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan mana-mana orang sedemikian dikomitkan ke pusat oemulihan diluluskan untuk menjalani apa-apa kaunseling atau pemulihan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatkan dalam perintah itu tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dikenakan sekali dengan kaunseling atau pemulihan tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat tiga tahun.


BON JAMINAN BERKELAKUAN BAIK
s.128 Akta 560 - PESALAH MUDA
Bagi pesalah-pesalah muda pula, s 128 Akta [Akta 560] memberikan kuasa kepada mahkamah bagi menggantikan apa-apa tempoh pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda atau hukuman pemenjaraan untuk mengeluarkan perintah, antara lain seperti melepaskan pesalah muda tersebut selepas teguran wajar diberikan atau memerintahkan pesalah itu supaya berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.

SEKSYEN 128,PESALAH MUDA

1. Apabila mana-mana pesalah muda disabitkan dihadapan mana-mana mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman denda atau pemenjaraan. Mahkamah itu hendaklah sebagai ganti apa-apa tempoh pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda atau hukuman pemenjaraan

a) Memerintahkan pesalah itu dilepaskan selepas teguran wajar diberikan jika difikirkan patut oleh mahkamah atau ,
b) Memerintahkan pesalah itu diserahkan kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau saudara dewasanya yang terdekat atau kepada mana-mana orang lain. sebagaimana yang saudara dewasanya yang terdekat atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah apabila ibu atau bapa,penjaga, waris atau orang lain itu menyempurnakan bon dnegan dengan penjamin,sebagaimana yang dikehendaki oleh mahkamah bahawa dia akan bertanggungjawab bagi kelakuan baik pesalah itu selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua belas atau tanpa menghendaki mana-mana orang mengikat apa-apa bon,membuat suatu perintah berkenaan dengan pesalah itu yang memerintahnya supaya berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan mengandungi apa-apa arahan kepada pesalah itu mengikut jenis-jenis syarat yang disebut dalam perenggan 130 (a) (b) dan (c) yang difikirkan oleh mahkmah itu patut diberikan.

s.128 (2)
Mahkamah yang dihadapnya seorang pesalah muda disabitkan boleh sebagai tambhan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini. mengenakan ke atas ibu atau bapa atau penjaganya denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit dalam mana-mana kes yang mahkamah itu, selepas siasatan ringkas, berpuas hati bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu telah dengan sebab mereka cuai dalam menjaganya dengan baik atau selainya,menyumbang kepada salah laku pesalah itu, dengan syarat bahawa tiada ibu atau bapa atau penjaga boleh didenda tanpa dia diberi peluang untuk didengar dan jika dia berhasrat demikian,mengemukakan keterangan untuk membela dirinya.

SEKSYEN 129.PESALAH KALI PERTAMA
1)Apabila mana-mana orang yang bukan pesalah muda telah disabitkan di hadapan mana-mana mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan,maka jika didapati oleh mahkamah itu bahawa dengan mengambil kira watak,latar belakang, umur,kesihatan atau keadaan mental pesalah itu atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu atau kepada apa-apa hal ekadaan peringanya yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah suai manfaat bahawa pesalah itu tidak dilepaskan dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik.Mahkamah boleh dengan tidak menghukumnya serta-merta dengan apa-apa hukuman,mengarahakan supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia meningkat bon dengan penjamin-penjamin dan sepanjang apa-apa tempoh sebagaiman yang diarahkan oleh mahkamah untuk hadir dan menerima penghakiman jika dan apabila dipanggil dan sementara itu hendaklah berkelakuan baik.

129(2)
Jika mahkamah mempunyai kuasa untuk memperlakukan pesalah itu berkenaan dengan kesalahan asalnya berpuas hati bahawa pesalah itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat bonnya, ia bolehlah mengeluarkan satu waran bagi pemberkesannya.

129(3)
Mana-mana pesalah apabila diberkas dengan mana-mana waran sedemikan hendaklah,jika tidak dibawa serta merta ke hadapan mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan seorang hakim, dan hakim itu boleh sama ada menahannya melalui waran sehingga masa di dikehendaki oleh bonnya untuk hadir bagi penghakimnya atau sehingga bersidangnya mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan kesalahan asalnya, atau boleh membenarkan dia mengikat jamin dengan penjamin yang mencukupi dengan syarat dia hadir bagi penghakiman.

129(4)
Pesalah itu, apabila ditahan sedemikan,boleh dipenjarakan dan waran tahanannya hendaklah memerintahkan supaya dia dibawa ke hadapan mahkamah yang dihadapannya dia terikat untuk hadir bagi penghakiman atau untuk memberikan jawapan tentang kelakuannya sejak dia dilepaskan.


PEMULIHAN
           ·          Pemulihan juvana melalui modifikasi tingkah laku merupakan objektif utama institusi pemulihan.
           ·          Pelbagai kaedah dan teknik baru diperkenalkan bagi menyekat berkembangnya tingkah laku anti sosial yang  boleh membawa kepada masalah perundangan.
           ·          Kaedah ‘merawat’ juvana termasuklah;
                                                        i.            Modaliti menolong seperti kaunseling dan bimbingan (individu atau                                                       kelompok).
                                                      ii.            Pendekatan agama dan akhlak.
                                                    iii.            Program kemahiran komunikasi dan interaksi  samada inter atau intrapersonal.
                                                    iv.            Program pendidikan dan kemahiran vokasional.
           ·          Tujuan program yang pelbagai ini adalah untuk mengubah juvana menjadi well-adjusted individu, produktif dan berguna kepada masyarakat.
           ·          Hasil kajian Lipsey (1992), mendapati program modifikasi tingkah laku yang bertujuan memberi kemahiran skil hubungan interpersonal, kawalan diri dan pencapaian di sekolah sebagai program
           ·          Kajiannya juga mendapati program bercorak psikologikal seperti kaunseling individu, kelompok atau keluarga menunjukkan kesan positif yang sederhana.
           ·          Manakala program yang mempunyai pendekatan kejutan (scared straight programs) mempunyai kesan negatif di mana juvana yang melalui program ini didapati kembali semula terlibat dengan tingkah laku delinkuen.

PENDEKATAN  PERKHIDMATAN
INSTITUSI DI MALAYSIA
1.    Pendekatan ini digunakan untuk pemulihan juvana yang mengalami masalah akhlak.
  1. Objektif : supaya mereka dapat hidup berdikari, memajukan diri, memperbaiki tingkah laku, meningkatkan kemampuan dan kebolehan mereka.
  2. Kemasukan: melalui perintah mahkamah
4.    Antara pusat atau institusi untuk tujuan pemulihan ialah:

ASRAMA AKHLAK
 Seksyen 61-64 AKK 2001
Institusi tahanan sementara dan pemulihan bagi juvana tidak terkawal yang berumur 10 tahun ke atas.
Objektif : beri perlindungan, jagaan dan bimbingan bagi juvana dalam tahanan sementara, juvana yang menunggu pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti dan juvana dalam Perintah Percubaan A

SEKOLAH TUNAS BAKTI
Seksyen 65–72 AKK 2001
Sekolah pemulihan akhlak yang diluluskan. Untuk tahanan  dan pemulihan bagi juvana terlibat dengan jenayah dan juvana tidak terkawal yang berumur 10 tahun ke atas.
 Objektif : mendidik juvana  membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh serta melengkapkan diri dengan ketrampilan yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.
Ada 8 buah STB di seluruh Malaysia.

SEKOLAH HENRY GURNEY
Seksyen 73–75 AKK 2001
Sekolah pemulihan untuk juvana berumur 14 tahun ke atas.
Kesalahan: apa-apa kesalahan yang  boleh dihukum penjara, tidak terkawal, kesalahan serius dan tidak sesuai dipulihkan di sekolah yang diluluskan.
Tempoh tahanan: 3 tahun dari tarikh perintah. Pembebasan awal boleh dilakukan jika lembaga Pelawat meluluskan demikian.
Tahanan sah sehingga juvana berumur 21.


Rujukan
1. Perintah pemulihan sebagai hukuman ,
mahir-al-hujjah.blogspot.com/2012/03/perintah-pemulihan-sebagai-hukuman.html
2.Hukuman mati di Malaysia
ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia
3.Jenis Hukman di Malaysia
www.panggilanpertiwi.my/index.php .option=com_kunena&func=view&catid=19&id=2693&limit=15&limitstart=30&Itemid=337
4.Hukuman sebat di penjara
ikhwanulislam.blogspot.com/2011/11/bab-tiga-hukuman-sebat-di-penjara.html
5.Agensi perkhidmatan pemulihan
www.prison.gov.my/images/carta/ppa.htm











           ·