FATIN
ATHIRAH BT AHMAD ROSLI
220146
PENGENALAN
Penggunaan dadah yang bertentangan dengan
kepentingan rawatannya dipanggil penyalahgunaan dadah. Hari ini istilah yang
lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan. Ianya merangkumi alkohol,
tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan
(bahan yang disedut). Perkataan bahan ini lebih sesuai
berbanding dengan penggunaan perkataan dadah. Ini kerana dadah merupakan bahan
kimia pembuatan. Kebanyakkan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara
semulajadi, contohnya candu yang tidak boleh digunakan oleh manusia. Persatuan
Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Bahagian Sabah menyatakan bahawa “Dadah
terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia asli atau tiruan yang dimasukkan ke
dalam tubuh sama ada dengan memakan, menelan, meminum, menghisap ataupun
suntikan. Ia bertujuan untuk mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan
pengguna.”
UNDANG-UNDANG DAN AKTA PENYALAHGUNAAN DADAH
Akta penyalahgunaan dadah yang pertama ialah Akta
Berbahaya 1952. Akta Berbahaya 1952 adalah untuk mengawal pengimportan,
pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan
dan dadah merbahaya tertentu. Akta ini juga membuat peruntukkan khas berhubung
dengan bidang kuasa mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk
dibawahnya dan perbicaraan mahkamah.
Akta yang kedua ialah Akta Penagih Dadah. (Rawatan
dan Pemulihan) 1983 - (Pindaan) 1998. Akta Penagih Dadah (Rawatan &
Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 ini digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan
pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan
lanjutan yang menitik beratkan mengawasan ke atas penagih-penagih bertujuan
memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.
Akta yang ketiga ialah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 1985. Akta ini membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan
orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung atau yang
membuat pengedaran dadah berbahaya.
Akta yang keempat ialah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan
Harta) 1988. Akta ini mmperuntukkan mengenai kesalahan-kesalahan yang berhubung
dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucutan harta yang berkaitan dengan
aktiviti yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah
Berbahaya 1952.
Akta yang terakhir ialah Akta Racun 1952. Akta ini
bertujuan untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan
penggunaan racun. Racun bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan
di dalam senarai racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau
yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau
bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.
STATISTIK PENYALAHGUNAAN DADAH
RAWATAN, PERUBATAN & PEMULIHAN UNTUK PENAGIH DADAH
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah
memperkenalkan Model Cure & Care dengan konsep terbuka atau Open Access. Model
ini memberi penekanan terhadap kaedah rawatan pemulihan secara sukarela dan
menggabungkan alemen program psikososial dan klinikal serta perubatan sebagai
komponen utama perlaksanaan program. Pendekatan
model ini juga menjadi teras kepada semua bentuk perkhidmatan yang ditawarkan
oleh AADK dengan menjadikan tagline "Kami Prihatin, Kami Sedia
Membantu", (We Care, We Serve) sehingga mampu memulihkan klien sebagai
manusia yang kembali berfungsi.
Klinik Cure & Care 1Malaysia
Setelah hampir 30 tahun, akhirnya AADK mengorak
langkah melaksanakan anjakan berganda daripada pendekatan pemulihan yang
berbentuk regimented, tough & rugged, tidak berstruktur dan sistematik,
tiada pilihan dan berbentuk paksaaan secara perundangan di Pusat Serenti /
PUSPEN kepada pendekatan yang beraspirasikan konsep terbuka, prihatin, mesra,
teraputik, program yang lebih berstruktur, sistematik, multiprogram serta mampu
memenuhi keperluan kepulihan klien secara komprehensif.
Bermula 1 Julai 2010, AADK telah melakukan
transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah dengan menubuhkan
Klinik C&C 1Malaysia Sungai Besi sebagai pilot project diikuti dengan Bukit
Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar. Sebuah lagi PUSPEN
ditransformasikan kepada Klinik C&C 1Malaysia pada tahun 2011 iaitu
Jerantut dan dua buah PUSPEN lagi pada tahun 2012 iaitu Karangan dan Bachok.
Sehingga kini terdapat 11 buah Klinik C&C 1Malaysia dengan penambahan
sebuah lagi pada 7 Januari 2013 iaitu Klinik C&C 1Malaysia Dengkil.
Kemudahan dan perkhidmatan di Klinik C&C 1Malaysia seperti tempat yang
tiada accessibility kepada perkhidmatan di Klinik C&C, tempat yang tiada
perkhidmatan CCSC di kawasan berkenaan dan tempat yang mempunyai magnitude
permasalahan penyalahgunaan substans di kawasan berkenaan.
Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik C&C
1Malaysia adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dadah.
Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara pesakit luar yang merangkumi
detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan
spiritual, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi, pendidikan pencegahan
relapse, life skiils dan rawatan terapi gentian menggunakan metadhone.
Klinik C&C 1Malaysia turut menawarkan
perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga
klien atau sesiapa sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan
perkhidmatan.
Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan
pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undang-undang. Klien akan dibuat
ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada
tindakan undang-undang dikenakan kepada klien. Antara prinsip kemasukan klien
ke Klinik C&C 1 Malaysia adalah secara sukarela, tiada pra-syarat, tiada
implikasi atau unsur undang-undang. Kaedah kemasukan klien pula seperti datang
sendiri secara sukarela, rujukan oleh pihak ketiga merangkumi keluarga,
pasangan, rakan dan majikan. Selain itu, kemasukan klien juga boleh melalui
temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Cure & Care Rehabilitation Centre
(CCRC)
Pada peringkat awal institusi pemulihan dadah yang
dikenali sebagai Pusat Serenti ditukar nama kepada Pusat Pemulihan Penagihan
Narkotik (PUSPEN) pada tahun 2009 dan selaras transformasi ia ditukar pula kepada
Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC). CCRC berkuatkuasa pada 1 Jun 2012.
Kemasukan klien adalah melalui Perintah Mahkamah Seksyen 6(1) (a) Akta Penagih
Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983.
Pendekatan Pusat Serenti/PUSPEN yang regimented,
tough & rugged telah ditukar kepada pendekatan yang lebih humanistik dengan
berkonsepkan program yang santai, lebih berkesan dan mudah dilaksanakan.
Program rawatan, perubatan dan pemulihan di
institusi dilaksanakan dengan lebih berfokus melalui penyingkatan tempoh
rawatan dan pemulihan (6-11 bulan) berdasarkan penilaian prestasi klien di
bawah Seksyen 12(2) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Walau
bagaimanapun bagi klien yang tidak melepasi kriteria penilaian untuk
penyingkatan tempoh, pembebasan mereka adalah di bawah seksyen 12(1) Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Program pemulihan memenuhi
keperluan kepulihan klien, penilaian berdasarkan kategori klien dan tahap
kebergantungan serta keparahan penagihan klien. Perubahan imej baru klien dan
fasiliti persekitan kondusif, pendekatan fun, effective & easy to implement
serta mekanisme pelaksanaan menumpukan kepada aktiviti di dalam kelompok secara
sistematik dan seragam mengikut Rancangan Kepulihan Klien.
Cure & Care Vocational Centre
(CCVC)
CCVC merupakan institusi induk bagi program Latihan
Kemahiran Vokasional, Industrial Apprentice dan berfungsi sebagai hub berhubung
hal ehwal vokasional untuk semua klien AADK. CCRC merupakan pusat pemulihan
yang ke-29 yang telah dibina berkeluasan 46 ekar, terletak di negeri Selangor
iaitu 25km daripada Pekan Dengkil. Pembinaan CCRC di atas arahan Perdana
Menteri pada tahun 2004. Pusat ini dijadikan sebagai Pusat Latihan Vokasional
penghuni pra-bebas. Nama baru yang diberikan ialah Institusi Kemahiran dan
Latihan Sepang atau lebih dikenali dengan nama Ikhlas. Institusi ini menerima
kemasukan pelatih kemahiran vokasional sesi 1/2006 pada 16 Januari 2006. Dahulu
ianya dikenali sebagai Ikhlas yang memberi latihan kepada klien secara
perundangan, sekarang telah diberi nama baru iaitu Cure & Care Vocational
Centre (CCVC) Sepang yang memberi latihan kemhiran kepada kumpulan sasar
daripada Klinik C&C, CCSC dan Orang Kena Pengawasan (OKP).
Cure & Care Service Centre (CCSC)
Program Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti merupakan
program susulan (Aftercare) yang disediakan kepada klien yang telah menamatkan
program dalam institusi. Melalui Transformasi, Peranan dan Fungsi yang
dahuluinya dilaksanakan melalui peranan Pusat Khidmat AADK (PKAADK) telah
diambil alih peranan oleh CCSC melalui rebranding semula dan ditambahbaik
dengan meningkatkan lagi fungsi dan peranan menyediakan perkhidmatan rawatan
dan pemulihan kepada kumpulan sasar melalui Program Psikososial seperti program
bimbingan dan kaunseling, Kelompok Sokongan Sosial (KSS), Kelompok Pencegahan
Relaps (KPR), Program Keluarga, Program Early Recovery (ER) dan sebagainya.
Selain itu, CCSC turut berfungsi sebagai tempat rujukan dan khidmat nasihat, Program
RTG Metadon sebagai rawatan sokongan kepada klien serta kemudahan sukan dan
riadah.
Perkhidmatan di CCSC memfokuskan kepada perkhidmatan
yang bersifat prihatin bagi memberikan program rawatan dan pemulihan yang dapat
memenuhi keperluan kepulihan klien. Penubuhan CCSC di seluruh kawasan
mensasarkan kepada perluasan akses perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara
sukarela di dalam komuniti kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai
permasalahan dadah.
Kaedah kemasukan ke CCSC ialah boleh datang sendiri
secara sukarela, rujukan oleh pihak ketiga seperti keluarga, pasangan, rakan
dan majikan, temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Rujukan
dari C&C/CCRC/CVCVC dan lain-lain. Kumpulan sasar bagi CCSC ialah
penagih/penyalahguna dadah, keluarga yang mempunyai masalah dadah, pelajar yang
mempunyai masalah dadah, majikan, klien yang datang secara sukarela dan seluruh
rakyat Malaysia yang mempunyai masalah.
Caring Community House (CCH)
Program rawatan dan pemulihan bukan sahaja
dilaksanakan di dalam institusi, malah ianya juga dilaksanakan di dalam
komuniti sebagai kesinambungan untuk mengekalkan kepulihan iaitu, dengan
mewujudkan Caring Community House (CCH).
Caring Community House (CCH) diperkenalkan untuk rawatan
dan pemulihan dalam komuniti. CCH juga memperkasakan peranan komuniti setempat
untuk membantu bekas-bekas penagih dadah meneruskan kepulihan. Perkhidmatan
yang disediakan oleh CCH ialah menggunakan kepakaran sedia ada dalam komuniti
bagi melaksanakan program pemulihan yang sesuai keada klien yang memerlukan.
Program ini turut membantu penagih-penagih dadah kembali berfungsi dan dapat
menjalani kehidupan sebagai insan yang produktif serta meningkatkan kesedaran
masyarakat setempat agar turut bersama-sama AADK bagi menangani permasalahan
dadah melalui program pendampingan, pencelahan, pencegahan dan pemulihan.
Program yang dijalankan di CCH terbahagi kepada dua
iaitu program yang digerakkan oleh komuniti setempat dan
program yang dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya. Program yang digerakkan
oleh komuniti setempat seperti aktiviti kemasyarakatan, program kerohanian,
sukan dan riadah, outing atau excursion, program sambutan hari kebesaran dan perayaan,
bimbingan, kelompok sokong bantu, maklumat dan pendidikan serta kumpulan
sasaran. Kumpulan sasaran pula merangkumi Orang Kena Pengawasan (OKP), kes sukarela
dan pengguna dadah serta bekas penagih dadah.
Mereka yang memerlukan perkhidmatan khidmat nasihat
atau rujukan ialah ibu bapa dan keluarga penagih, pelajar-pelajar sekolah dan Institusi
Pengajian Tinggi (IPT), kakitangan kerajaan atau swasta serta agensi dan badan
perubatan.
PERKHIDMATAN TRIAGE
Pusat Triage ditubuhkan bertujuan untuk menilai dan
membuat saringan tahap penagihan kepada klien yang diperintahkan oleh Mahkamah dibawah
Seksyen 6(1) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. Pusat ini berfungsi
untuk menjalankan tapisan, penilaian dan pengkategorian klien-klien. Klien yang
telah di saringkan dan dinilai di Triage akan menjalani program rawatan dan
pemulihan di CCRC yang telah ditetapkan. Sehingga kini, 3 buah Pusat Triage
telah diwujudkan iaitu Triage Kg. Selamat (Zon Utara), Triage Gambang (Zon
Timur) dan Triage Tampin (Zon Selatan).
PUSAT LATIHAN AADK
Pusat Latihan AADK (PLAK) Sungai Petani, Kedah
merupakan satu-satunya pusat latihan untuk pegawai atau kakitangan AADK. Pusat
Latihan ini terletak di Utara Semanjung Malaysia dan bersebelahan dengan Intan
Wilayah Utara (INTURA). PLAK mempunyai keluasan 20 ekar, yang terdiri daripada
Blok Pentadbiran, Rumah Tamu, 5 Blok Kediaman, Dewan Kuliah, Makmal Komputer,
Kafeteria dan Surau. Bangunan kediaman PLAK ini boleh menampung seramai 180
orang peserta kursus dalam satu-satu masa. Pusat Latihan AADK mempunyai 51
orang pegawai dan kakitangan dan diterajui oleh seorang Pengarah.
PLAK bertanggungjawab menyediakan latihan yang
komprehensif kepada pegawai atau kakitangan AADK terutamanya dalam bidang
Rawatan & Pemulihan, Pencegahan, Pengesanan & Pengawasan. PLAK turut
menganjurkan kursus-kursus pengurusan umum termasuk teknologi maklumat yang
diperlukan oleh setiap pegawai atau kakitangan AADK.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan
untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan
yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi
sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka daripada bergaul
semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga
mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Pemantau
perkembangan individu yang terlibat dalam gelaja penyalahgunaan dadah adalah
amat penting.
AKTIVITI YANG
DILAKSANAKAN OLEH AGENSI ANTIDADAH
KEBANGSAAN KEPADA PENYALAHGUNAAN DADAH
RUJUKAN
- · Bahagian Dasar, Perancangan Dan Penyelidikan, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Disember 2013.
- · Laman Web Rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri (2014).
- · Laman Portal Rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (2013).
· Mohamad
Faez Paiman, (2014), Kesan penyalahgunaan dadah kajian kes di Negeri Kedah
Darul Aman, Academic exercise BPM (Hons), Universiti Utara Malaysia.
- · Rohany Nasir, Fatimah Yusooff, Zainah Ahmad Zamani...[et al.] ; penyunting siri Samsudin A. Rahim, Mastura Mohamad, (2008), Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Generasi Muda, Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.
-
Montaj - Penyalah Gunaan Dadah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan