Jabatan
Penjara Malaysia merupakan sebuah agensi
kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurung penjenayah (banduan) yang
belum dan yang telah dijatuhi hukuman penjara atas sabitan dengan kes-kes
jenayah. Jabatan Penjara Malaysia telah menetapkan objektifnya dengan
menekankan aspek-aspek pemulihan, rawatan dan keselamatan banduan. Mengikut kamus dewan, koreksional
bermaksud membetulkan sesuatu yang salah. Dalam konteks kepenjaraan, koreksional bermakna membimbing, memulih dan menginsafkan banduan diatas kesalahan yang telah dilakukan agar apabila
dibebaskan nanti banduan ini akan menjadi seorang yang berjasa kepada masyarakat.
Antara objektifnya ialah:
- Memulihkan akhlak dan mengubah sikap penghuni supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan menjadi anggota masyarakat yang proaktif.
- Memberi kawalan yang selamat ke atas penghuni-penghuni semasa mereka menjalani hukuman penjara.
- Menahan pesalah-pesalah di dalam penjara sehingga tiba masa untuk dibebaskan.
Terdapat
beberapa institusi pemulihan yang berada di bawah Jabatan Penjara Malaysia.
Antaranya ialah Penjara ( untuk menampung banduan yang belum dan telah dijatuhi
hukuman penjara), Sekolah Henry Gurney ( untuk menampung penghuni yang berusia
antara 14-21 tahun yang ditahan di bawah perintah Mahkamah Budak-budak Nakal),
Tempat Tahanan Perlindungan (untuk menampung orang tahanan yang ditahan di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 kerana terlibat dengan kegiatan yang
dianggap boleh mengancam keselamatan negara), Pusat Pemulihan Akhlak ( untuk
menampung orang tahanan yang ditahan di bawah
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam & Mencegah Jenayah) 1960 dan Akta
Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985), Pusat Pemulihan Dadah
( untuk menampung penghuni yang terlibat dengan dadah dan di hantar oleh
mahkamah untuk menjalani rawatan dan pemulihan ), dan sebagainya.
Selain
itu, penghuni-penghuni penjara pula dibahagikan kepada baberapa kategori. Hal
ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses pemulihan dibuat. Antara
kategori-kategori tersebut ialah :
(a) Banduan
Muda :
Terdiri
daripada banduan disabitkan berusai di bawah 21 tahun.
(b) Banduan
Pertama Kali :
Terdiri
daripada banduan yang disabitkan yang baru pertama kali dihukum penjara dan
tidak mempunyai kecenderungan yang jahat.
(c) Banduan
Ulang Kali :
Terdiri
daripada banduan yang disabitkan dan telah melakukan kesalahan berulang kali.
(d) Banduan
Jenis Tak Disabitkan :
Terdiri
daripada orang yang ditahan atau menunggu untuk dibicarakan atau ditahan kerana
tiada jaminan.
(e) Banduan
Dadah :
Terdiri
daripada bantuan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
(f) Budak
nakal :
Terdiri
daripada pesalah muda atau budak nakal yang berusia antara 14-21 tahun yang
dihantar ke Mahkamah Budak-budak Nakal.
(g) Orang
Tahanan I.S.A :
Terdiri
daripada orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 kerana
kesalahan yang dianggap mengancam keselamatan negara.
(h) Orang
Tahanan POPOC :
Terdiri daripada orang yang ditahan di bawah Ordinan
Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah), 1969 atau Akta Dadah
Merbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), 1935.
Aktiviti Pemulihan Terhadap Banduan
Pelbagai
usaha dibuat oleh pihak penjara bagi mencapai matlamat seperti yang
dihasratkan. Antara aktiviti dan program yang dilaksanakan adalah terbahagi
kepada dua bahagian iaitu pemulihan fizikal dan pemulihan psikologikal.
a. Latihan
Vokasional
Banduan-banduan akan
didedahkan dengan kerja-kerja yang berkaitan kemahiran vokasional. Peluang ini
diberi adalah berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada
banduan-banduan sebelum mereka memasuki penjara. Bagi yang tidak berkemahiran,
ia akan dilatih mengikut minat dan kemahuan mereka. Antara latihan kemahiran
tersebut adalah berkebun, menjahit, pertukangan kayu, bengkel baiki kereta,
ukiran, rotan, mendobi, dan sebagainya. Selain dari hanya tinggal dan tidur di
penjara mereka akan diberi tugas dan tanggungjawab di atas supaya dapat
menghindarkan diri daripada berasa bosan atau memikirkan cara untuk melarikan
diri daripada penjara. Di samping itu, ia juga adalah bertujuan untuk
membolehkan banduan tersebut mendapat pekerjaan atau mengusahakan diri dalam
bidang-bidang kemahiran yang diceburi apabila dibebaskan kelak. Banduan yang
bekerja akan dibayar gaji mengikut peringkat atau kategori.
b. Skim
Usaha Sama dan Khidmat Bakti
Pihak Lembaga Pemilihan
berasaskan kepada program di bawah Sistem Ibrahim akan membuat pemilihan ke
atas banduan-banduan prabebas berdasarkan kepada beberapa criteria tertentu. Contohnya
seperti hampir tempoh hendak dibebaskan, berkelakuan memuaskan, berminat dan
sebagainya. Secara tidak langsung, mereka berpeluang bekerja dan mendapat
kemahiran di luar tembok penjara. Objektif utama perlaksanaan skim usaha sama
dan khidmat bakti ini adalah bertujuan untuk mengikis perasaan social stigma terhadap banduan prabebas
melalui reintegration dan resocialization. Melalui kaedah ini mereka tidak rasa
disisihkan atau merasai mereka tidak diterima oleh masyarakat. Bengkel-bengkel
usaha sama ini diusahakan bersama dengan syarikat-syarikat seperti Afasia,
Eastern Garment, Misla, Sanyo, Khatijah dan Tissue dalam pelbagai jenis
barangan. Manakala khidmat bakti masyarakat pula mereka akan membantu di
rumah-rumah kerja kahwin, mengangkut barang-barang perpindahan, membersihkan
halaman rumah dan sebagainya.
c. Aktiviti
Sukan dan Rekreasi
Aktiviti rekreasi dan kawad |
Banduan-banduan diberi
peluang untuk bersukan supaya keadaan fizikal dan kesihatan mereka bertambah
sihat. Melalui sukan ini juga dapat membantu mengurangkan tekanan dan
ketegangan serta kebosanan yang dialami oleh banduan semasa menjalani hukuman.
Antara aktiviti sukan yang dijalankan ialah bola sepak, sepak takraw,
badminton, bola tampar dan olahraga yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Selain itu, banduan juga diberi peluang menonton video, televisyen dan
pertunjukkan wayang gambar serta mendengar muzik melalui kaset. Malahan mereka
juga diberi peluang untuk menonjolkan bakat melalui permainan alat muzik dan
nyanyian serta turut diundang dalam majlis rasmi dan sosial.
d. Latihan
Kawad
Latihan kawad perlu
diikuti oleh banduan terutama bagi mereka yang yang menagih dadah. Tujuannya
adalah supaya mereka lebih berdisiplin dan akur tentang kedudukan mereka dan
sentiasa patuh serta taat kepada setiap arahan dan peraturan yang dikenakan
semasa berada di dalam penjara.
a. Aktiviti
keagamaan
Aktiviti keagamaan amat
dititikberatkan tanpa mengira agama yang dianuti. Upacara amal ibadat mengikut
agama masing-masing seperti Hindu, Buddha, Kristian, Islam dan Sikh disediakan
dan diwajibkan kepada setiap banduan. Agama memainkan peranan penting dalam proses pemulihan agar
mereka sedar kembali di atas kesalahan yang telah dibuat. Contohnya, bagi
banduan yang beragama Islam dikehendaki mengikut kegiatan majlis ceramah,
kursus dakwah, majlis tadarus al-Quran, kelas tajwid, dan sebagainya.
b. Pelajaran
Kemudahan dari segi pembelajaran
juga disediakan seperti bilik perpustakaan dan bilik bacaan. Sebilangan banduan
adalah buta huruf atau menerima pendidikan awal di peringkat rendah sahaja.
Kelas-kelas Bahasa Malaysia dan Inggeris disediakan bagi banduan-banduan yang
berminat di samping terdapat guru-guru yang terlatih. Mereka juga digalakkan
mengambil peperiksaan PMR/SPM/STPM jika berminat. Malahan diberi ruang dan
peluang untuk menulis atau mengarang sebarang artikel jika mereka berminat
untuk dimuatkan dalam majalah dan sebagainya.
Seterusnya adalah program pemulihan dari segi
rawatan dan kebajikan. Antara objektifnya ialah menyedikan
program rawatan pemulihan dadah yang berkesan bagi menentukan persekitara dalam
penjara selamat dan terjamin, membantu menyelesaikan masalah penghuni, memberi
bimbingan agama kepada penghuni bagi mempertingkatkan pengetahuan dan keimanan
dan memberi pendidikan akademik kepada penghuni bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
Secara
kesimpulannya, program pemulihan yang dikendalikan oleh badan penjara jelas
menunjukkan berlakunya perubahan ke arah mengubah suatu masyarakat devian
kembali normal. Pemulihan-pemulihan yang begitu serius di samping mengekalkan
tempat menjalani “hukuman” adalah menunjukkan kemajuan jika dibandingkan pada
zaman penjajahan dulu. Kejayaan juga terserlah di atas hasil program-program
pemulihan ke atas banduan di mana mereka telah berjaya kembali dan dapat
meyakinkan masyarakat bahawa mereka juga manusia biasa yang telah kembali ke
pangkal jalan. Oleh itu,
kerjasama erat perlu dijalin dengan agensi kerajaan dan swasta untuk membantu
bekas banduan mempertahankan perubahan yang mereka lakukan setelah melalui
program koreksional. Para pegawai koreksional juga perlu menerapkan nilai-nilai
pemulihan yang kukuh agar bekas banduan yang melalui proses koreksional bukan
sahaja insaf dalam jangka masa sementara tetapi tidak mengulangi kesalahan
mereka buat selama-lamanya.
RUJUKAN :
- Fuziah Shaffie & Abd Razak Abd Manaf. (2001). Pengenalan kerja sosial artikel-artikel pilihan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
- Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928 pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz3KjqFrVrs
Penurunan
kadar residivis atau kes banduan berulang masuk penjara membuktikan sistem
pemulihan yang diusahakan pihak Jabatan Penjara Malaysia selama ini telah
membuahkan hasil. Bersama tetamu Komisioner Jeneral Datuk Seri Zulkifli Omar
memberi ulasan tentang perkara ini.
Disediakan oleh:
NOR AMELIA BINTI ALI
220266
Tiada ulasan:
Catat Ulasan