Secara umumnya, setiap perbuatan baik atau jahat pasti akan mendapat balasannya tersendirisama ada balasan didunia atau diakhirat. Setiap kesalahan yang dilakukan bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang yang digubal untuk mengawal selia kehidupan manusia pasti akan menerima balasan atau hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman yang dijalankan terdapat beberapa objektif yang tersendiri misalnya ,
Di Malaysia, terdapat beberapa jenis hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Antara jenis-jenis hukuman ialah hukuman mengenai tubuh badan seperti tubuh badan, hukuman berkaitan sekatan kebebasan seperti penjara aderah dan lain-lain hukuman berkaitan harta seperti denda serta pelbagai hukuman lain berdasarkan budi bicara pemerintah. Jenis-jenis hukuman adalah seperti berikut,
1.SEBAT
Hukuman sebat selain dikenakan terhadap jenayah hudud seperi zina yang dilakukan seseorang yang belum berkahwin dan jenayah tuduh zina, ianya juga dikenakan terhadap jenayah berat yang terdapat dalam undang-undang. Terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan bilangan sebatan maksimum yang diizinkan dalam jenayah berat.
Hukuman sebat di Malaysia
2. PENJARA
Hukuman penjara di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu hukuman penjara untuk sesuatu tempoh atau penjara seumur hidup. Tempoh hukuman penjara adalah bergantung terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pesalah
3. GANTUNG SAMPAI HATI
3. GANTUNG SAMPAI HATI
Dikenakan kepada penjenayah yang terlibat dengan jenayah berat (pembunuhan,pengedaran dadah,pengkhianatan dan melancarkan perang.
PERINTAH PEMULIHAN
Kuasa bidang Mahkamah Syariah berhubung dengan perintah pemulihan.
Kuasa mahkamah untuk mengkomitkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan diluluskan hanyalah terhad kepada kesalahan tertentu. [ 55 Akta 559 ]
Perintah untuk berkelakuan baik seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 128 (pesalah muda) dan seksyen 129 Akta 560 (pesalah kali pertama), s 55 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] mempunyai kuasa untuk mengkomitkan orang yang disabitkan kesalahan dibawah Bahagian II atau dibawah seksyen 7,8,9 atau 31. Akta tersebut ke pusat pemulihan untuk menjalani apa-apa kaunseling atau pemulihan Seksyen 55 Akta 559.
Kuasa mahkamah untuk mengkomitkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan diluluskan.
Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan dibawah Bahagian 11 atau dibawah seksyen 7,8,9 atau 31. Mahkamah itu boleh sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan mana-mana orang sedemikian dikomitkan ke pusat oemulihan diluluskan untuk menjalani apa-apa kaunseling atau pemulihan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatkan dalam perintah itu tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dikenakan sekali dengan kaunseling atau pemulihan tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat tiga tahun.
BON JAMINAN BERKELAKUAN BAIK
s.128 Akta 560 - PESALAH MUDA
Bagi pesalah-pesalah muda pula, s 128 Akta [Akta 560] memberikan kuasa kepada mahkamah bagi menggantikan apa-apa tempoh pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda atau hukuman pemenjaraan untuk mengeluarkan perintah, antara lain seperti melepaskan pesalah muda tersebut selepas teguran wajar diberikan atau memerintahkan pesalah itu supaya berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.
SEKSYEN 128,PESALAH MUDA
1. Apabila mana-mana pesalah muda disabitkan dihadapan mana-mana mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman denda atau pemenjaraan. Mahkamah itu hendaklah sebagai ganti apa-apa tempoh pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda atau hukuman pemenjaraan
a) Memerintahkan pesalah itu dilepaskan selepas teguran wajar diberikan jika difikirkan patut oleh mahkamah atau ,
b) Memerintahkan pesalah itu diserahkan kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau saudara dewasanya yang terdekat atau kepada mana-mana orang lain. sebagaimana yang saudara dewasanya yang terdekat atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah apabila ibu atau bapa,penjaga, waris atau orang lain itu menyempurnakan bon dnegan dengan penjamin,sebagaimana yang dikehendaki oleh mahkamah bahawa dia akan bertanggungjawab bagi kelakuan baik pesalah itu selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua belas atau tanpa menghendaki mana-mana orang mengikat apa-apa bon,membuat suatu perintah berkenaan dengan pesalah itu yang memerintahnya supaya berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan mengandungi apa-apa arahan kepada pesalah itu mengikut jenis-jenis syarat yang disebut dalam perenggan 130 (a) (b) dan (c) yang difikirkan oleh mahkmah itu patut diberikan.
s.128 (2)
Mahkamah yang dihadapnya seorang pesalah muda disabitkan boleh sebagai tambhan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini. mengenakan ke atas ibu atau bapa atau penjaganya denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit dalam mana-mana kes yang mahkamah itu, selepas siasatan ringkas, berpuas hati bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu telah dengan sebab mereka cuai dalam menjaganya dengan baik atau selainya,menyumbang kepada salah laku pesalah itu, dengan syarat bahawa tiada ibu atau bapa atau penjaga boleh didenda tanpa dia diberi peluang untuk didengar dan jika dia berhasrat demikian,mengemukakan keterangan untuk membela dirinya.
SEKSYEN 129.PESALAH KALI PERTAMA
1)Apabila mana-mana orang yang bukan pesalah muda telah disabitkan di hadapan mana-mana mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan,maka jika didapati oleh mahkamah itu bahawa dengan mengambil kira watak,latar belakang, umur,kesihatan atau keadaan mental pesalah itu atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu atau kepada apa-apa hal ekadaan peringanya yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah suai manfaat bahawa pesalah itu tidak dilepaskan dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik.Mahkamah boleh dengan tidak menghukumnya serta-merta dengan apa-apa hukuman,mengarahakan supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia meningkat bon dengan penjamin-penjamin dan sepanjang apa-apa tempoh sebagaiman yang diarahkan oleh mahkamah untuk hadir dan menerima penghakiman jika dan apabila dipanggil dan sementara itu hendaklah berkelakuan baik.
129(2)
Jika mahkamah mempunyai kuasa untuk memperlakukan pesalah itu berkenaan dengan kesalahan asalnya berpuas hati bahawa pesalah itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat bonnya, ia bolehlah mengeluarkan satu waran bagi pemberkesannya.
129(3)
Mana-mana pesalah apabila diberkas dengan mana-mana waran sedemikan hendaklah,jika tidak dibawa serta merta ke hadapan mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan seorang hakim, dan hakim itu boleh sama ada menahannya melalui waran sehingga masa di dikehendaki oleh bonnya untuk hadir bagi penghakimnya atau sehingga bersidangnya mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan kesalahan asalnya, atau boleh membenarkan dia mengikat jamin dengan penjamin yang mencukupi dengan syarat dia hadir bagi penghakiman.
129(4)
Pesalah itu, apabila ditahan sedemikan,boleh dipenjarakan dan waran tahanannya hendaklah memerintahkan supaya dia dibawa ke hadapan mahkamah yang dihadapannya dia terikat untuk hadir bagi penghakiman atau untuk memberikan jawapan tentang kelakuannya sejak dia dilepaskan.
PEMULIHAN
·
Pemulihan juvana melalui modifikasi
tingkah laku merupakan objektif utama institusi pemulihan.
·
Pelbagai kaedah dan teknik baru
diperkenalkan bagi menyekat berkembangnya tingkah laku anti sosial yang boleh membawa kepada masalah perundangan.
·
Kaedah ‘merawat’ juvana termasuklah;
i.
Modaliti menolong seperti kaunseling dan
bimbingan (individu atau kelompok).
ii.
Pendekatan agama dan akhlak.
iii.
Program kemahiran komunikasi dan
interaksi samada inter atau
intrapersonal.
iv.
Program pendidikan dan kemahiran
vokasional.
·
Tujuan
program yang pelbagai ini adalah untuk mengubah juvana menjadi well-adjusted
individu, produktif dan berguna kepada masyarakat.
·
Hasil
kajian Lipsey (1992), mendapati program modifikasi tingkah laku yang bertujuan
memberi kemahiran skil hubungan interpersonal, kawalan diri dan pencapaian di
sekolah sebagai program
·
Kajiannya
juga mendapati program bercorak psikologikal seperti kaunseling individu,
kelompok atau keluarga menunjukkan kesan positif yang sederhana.
·
Manakala
program yang mempunyai pendekatan kejutan (scared straight programs) mempunyai
kesan negatif di mana juvana yang melalui program ini didapati kembali semula
terlibat dengan tingkah laku delinkuen.
PENDEKATAN PERKHIDMATAN
INSTITUSI DI MALAYSIA
INSTITUSI DI MALAYSIA
1.
Pendekatan
ini digunakan untuk pemulihan juvana yang mengalami masalah akhlak.
- Objektif : supaya mereka dapat hidup berdikari, memajukan diri,
memperbaiki tingkah laku, meningkatkan kemampuan dan kebolehan mereka.
- Kemasukan: melalui perintah mahkamah
4.
Antara pusat atau institusi untuk
tujuan pemulihan ialah:
ASRAMA
AKHLAK
Seksyen 61-64 AKK 2001
Seksyen 61-64 AKK 2001
Institusi
tahanan sementara dan pemulihan bagi juvana tidak terkawal yang berumur 10
tahun ke atas.
Objektif
: beri perlindungan, jagaan dan bimbingan bagi juvana dalam tahanan sementara,
juvana yang menunggu pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti dan juvana dalam
Perintah Percubaan A
SEKOLAH
TUNAS BAKTI
Seksyen 65–72 AKK 2001
Seksyen 65–72 AKK 2001
Sekolah
pemulihan akhlak yang diluluskan. Untuk tahanan
dan pemulihan bagi juvana terlibat dengan jenayah dan juvana tidak
terkawal yang berumur 10 tahun ke atas.
Objektif
: mendidik juvana membina sikap positif,
membentuk peribadi yang kukuh serta melengkapkan diri dengan ketrampilan yang
membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.
Ada 8
buah STB di seluruh Malaysia.
SEKOLAH
HENRY GURNEY
Seksyen 73–75 AKK 2001
Seksyen 73–75 AKK 2001
Sekolah pemulihan
untuk juvana berumur 14 tahun ke atas.
Kesalahan:
apa-apa kesalahan yang boleh dihukum
penjara, tidak terkawal, kesalahan serius dan tidak sesuai dipulihkan di
sekolah yang diluluskan.
Tempoh
tahanan: 3 tahun dari tarikh perintah. Pembebasan awal boleh dilakukan jika
lembaga Pelawat meluluskan demikian.
Tahanan
sah sehingga juvana berumur 21.
Rujukan
1. Perintah pemulihan sebagai hukuman ,
mahir-al-hujjah.blogspot.com/2012/03/perintah-pemulihan-sebagai-hukuman.html1. Perintah pemulihan sebagai hukuman ,
2.Hukuman mati di Malaysia
ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia
3.Jenis Hukman di Malaysia
www.panggilanpertiwi.my/index.php .option=com_kunena&func=view&catid=19&id=2693&limit=15&limitstart=30&Itemid=337
4.Hukuman sebat di penjara
ikhwanulislam.blogspot.com/2011/11/bab-tiga-hukuman-sebat-di-penjara.html
5.Agensi perkhidmatan pemulihan
www.prison.gov.my/images/carta/ppa.htm
·
Tiada ulasan:
Catat Ulasan