Isnin, 8 Disember 2014

JENAYAH JUVANA-NURFASHA AZIRA BT HAMDAN 223367


JENAYAH JUVANA

PENGENALAN

   Pada zaman yang serba moden dan berteknologi sekarang, kita dapat lihat  pelbagai masalah sosial yang melibatkan golongan  remaja semakin berleluasa.Mereka ini tidak segan silu memuat naik video mereka melakukan kegiatan tersebut di laman sosial tanpa memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan mereka.Jenayah yang dilakukan oleh mereka akan dikenalai sebagai jenayah juvana dari perspektif undang-undang di Malaysia.  Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia dan masih belum dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia.

   Kita sering dikejutkan dengan pelbagai jenayah yang terjadi di Negara kita dimana ia mampu menggugat keamanan Negara.Pelbagai jenayah yang telah dilakukan oleh golongan remaja dikategorikan sebagai jenayah juvana ialah antaranya buli, vandalisme, merompak, mencuri, menghisap dadah, kongsi gelap dan sebagainya lagi.Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu video yang menjadi viral di laman sosial dimana sekumpulan remaja sedang membuli seorang remaja lelaki dengan melakukan keganasan fizikal keatasnya.Hal ini telah menarik perhatian dari pelbagai pihak..Sekumpulan remaja tersebut telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa atas perbuatan yang mereka telah lakukan. Walaupun sebilangan  dari mereka berasal daripada keluarga yang berada, tetapi mereka masih melakukan jenayah untuk menunjukkan keberanian mereka dan memberontak akibat kekurangan kasih saying dan perhatian. Mereka berasa bangga melibatkan diri dalam aktiviti yang buruk ini.Ketidakpuasan hati terhadap undang-undang dan dasar pendidikan menyebabkan mereka melakukan perkara di luar jangkaan.



PUNCA
Setiap perkara yang berlaku pasti ada puncanya.Terdapat pelbagai punca mengapa jenayah juvana ini berlaku.Pertama ialah kekurangan kasih sayang  dan perhatian daripada keluarga.Ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar harta dunia tidak memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka sehingga anak-anak merasa mereka ini dipinggirka.Oleh itu,untuk menunjukkan perasaan mereka,mereka akan memberontak supaya ibu bapa mereka lebih memberi perhatian kepada mereka.Bukan itu sahaja, ibu bapa yang terlalu sibuk ini tidak mempunyai masa dan lalai untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang baik.Punca kedua ialah pengaruh dari rakan.Pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain. Ini kerana mereka berasa bergaul dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu. Oleh itu, hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Mereka merasa diri mereka diterima dan diberi lebih perhatian berbanding daripada ibu bapa mereka.Oleh itu, meraka berasa bangga apabila mereka diterima oleh rakan sebaya mereka.Oleh itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka untuk menunjukkan kekuatan dan ikatan kesetiaan.Punca yang ketiga ialah media massa.Kita dapat lihat teknologi pada zaman sekarang semakin maju sehingga manusia menjadi hamba kepadanya.Remaja adalah individu yang mudah terpengaruh kerana pada usia remaja kerana mereka sedang mencorak personaliti mereka sendiri.Di media massa seperti television, laman sosial , internet dan youtube mempunyai maklumat dan mudah diakses oleh mana-mana individu. Akan tetapi banyak juga keburukannya seperti,remaja menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.







IMPLIKASI
   Jenayah juvana ini banyak memberi kesan buruk serta implikasi kepada semua pihak terutamanya individu yang melakukan perbuatan itu sendri, keluarga, masyarakat serta Negara.Pertama ialah kesan jenayah kepada individu itu sendiri ialah remaja tersebut akan kehilangan masa depannya sendiri.Mereka akan dipinggirkan dari masyarakat dan sukar untuk diterima didalam sektor pekerjaan kerana majikan bimbang mereka akan melakukan semula jenayah tersebut ditempat kerja.Kedua ialah kesan kepada negara ialah negara kita akan kehilangan modal insan yang berkaliber sekaligus  mengugatkan keselamatan negara.Ini kerana remaja merupakan tonggak sesebuah Negara untuk membangun. Ketiga ialah kesan jenayah juvana kepada masyarakat  antaranya  adalah kerugian harta benda,terputusnya hubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan juga kerugian masa. Masyarakat terpaksa membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku jenayah juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai untuk melancarkan program-program mencegah jenayah. Ini bermakna masyarakat akan mengalami kerugian dari segi wang ringgit.
LANGKAH-LANGKAH
   Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menangani masalah ini daripada menjadi semakin berleluasa antaranya ialah peranan ibu bapa dalam mencorak tingkah laku anak mereka.Peranan ibu bapa sangatlah penting kerana ibu bapa perlu mendidik anak mereka dari kecil lagi umpama ‘melentur buluh biarlah dari rebung nya’ dan institusi keluarga merupakan salah satu proses sosialisasi.Bukan itu sahaja, didikan agama haruslah diberi dan diajar ketika anak masih kecil lagi untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Selain itu,ibu bapa juga haruslah senantiasa memantau perbuatan anak-anak terutama dari segi pergaulan mereka dengan rakan sebaya, tempat mereka sering kunjungi dan tingkah laku mereka di sekolah.Ibu bapa juga seharusnya memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ceramah-ceramah agama dan ceramah berbentuk kerohanian yang sesuai bagi anak-anak mereka.Ini boleh memberi panduan kepada mereka dalam mencari kehidupan yang benar.Langkah kedua yang boleh diambil ialah remaja harus la bijak dalam memilih rakan sebaya.Rakan sebaya yang baik akan membimbing kita kearah yang positif.Rakan sebaya adalah individu kedua yang rapat dengan kita selepas kedua, oleh itu, pemilihan rakan sebaya sangat penting.Ketiga ialah  Pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Pihak sekolah juga perlu selalu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar dengan membuat perbincangan bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap individu haruslah memainkan peranan dalam menangani permasalahan ini.Remaja adalah golongan yang sangat memerlukan perhatian dan bimbingan kerana mereka masih mencari siapa diri mereka.Mereka tidak harus dipinggirkan atas kesalahan yang mereka lakukan sebaliknya kita haruslah membimbing mereka kearah yang betul.




1 ulasan:

  1. Casino & Hotel, Montville, CT - MapYRO
    Casino & Hotel · 1 Casino 서귀포 출장안마 Dr Montville, 인천광역 출장안마 CT 06382 · (888) 862-1000 · Full menu · More Info. Hours, Accepts Credit Cards, Credit Cards, Nearest Nearest What are the check-in and check-out times at Casino 강릉 출장마사지 & Hotel?Is Casino & 익산 출장안마 Hotel 창원 출장안마 pet-friendly?

    BalasPadam