Rabu, 10 Disember 2014

HUKUMAN BUNUH: SUATU KOMENTAR PEKERJA SOSIAL




PENGENALAN

Terdapat banyak negara di dunia yang memperuntukkan hukuman mati kepada pesalah sebagai jalan untuk melawan jenayah. Perubahan masa yang berlaku telah mengubah banyak perkara berkaitan dengan hukuman yang dianggap 'ultimate punishment' ini. Bermula dengan perubahan kaedah hukuman hinggalah timbul perdebatan hangat tentang keperluan peruntukan hukuman mati itu sendiri. Setiap penghujahan yang dikemukakan tetap mempunyai asasnya yang tersendiri. Walau apa pun pendirian yang dibawa, didapati terdapat 106 buah negara di dunia yang masih memperuntukkan hukuman mati dalam sistem perundangan masing-masing. Terdapat negara tertentu yang menggunakan peruntukan itu secara agresif (kerap). Namun terdapat juga yang jarang digunakan dan hanya sekadar wujud tapi tidak pernah digunakan. Saya bukanlah mendukung sepenuhnya hukuman mati ini dilaksanakan terutama apabila ia melibatkan hak asasi manusia tetapi hukuman mati ini masih lagi relevan untuk dilaksanakan jika penjenayah tersebut melakukan kesalahan berat yang tidak sepatutnya dilakukan terutama apabila melibatkan soal nyawa. Nyawa individu juga merupakan hak yang dilindungi oleh Perlembagaan di kebanyakan negara. la tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun tanpa kebenaran undang-undang. Oleh itu, hukuman mati hanya  dikenakan bagi kesalahan yang berat yang sepadan dengan hukuman. Kaedah-kaedah perlaksanaan hukuman mati di setiap negara adalah berbeza-beza. Di Arab Saudi misalnya yang mengamalkan Undang-Undang Islam telah melaksanakan hukuman mati secara memancung kepada pesalah. Ada beberapa negara pula ada beberapa cara hukuman mati seperti menyuntik racun, menggunakan kerusi elektrik. Di China pula, hukuman mati dilaksanakan dengan menembak tepat ke kepala pesalah, Apa pun cara yang dilakukan, hukuman mati dilaksanakan cuba tidak menyeksa pesalah. Nyawa pesalah diambil secara cepat bagi memastikan pesalah tidak terseksa.  

A.    KESALAHAN-KESALAHAN YANG MELIBATKAN HUKUMAN MATI DI MALAYSIA


1.   Kanun Keseksaan (Penal Code)
Ada beberapa seksyen di dalam Kanun Keseksaan dengan jelas menyebut kesalahan yang apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman mati. Antaranya ialah:
Seksyen 121     :Berperang atau mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang
                          di- Pertuan Agong atau Raja atau Yang di­Pertua Negeri          
Seksyen 121A  :Kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di- Pertuan Agong.
Seksyen 132     :Menyubahati Dahagi, jika dahagi dilakukan oleh sebab subahat itu.
Seksyen 194     :Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan
                          atas  kesalahan hukum bunuh.        
Seksyen 302     : Siksaan bagi kesalahan membunuh orang.
Seksyen 305     : Menyubahati kanak-kanak atau orang gila membunuh diri.
Seksyen 364    : Penculikan.
Seksyen 396    : Rompak berkumpul serta membunuh orang.
2.    Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
3.    Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta 37.
4.    Akta Dadah Berbahaya 1952

B.      KAEDAH PERLAKSANAAN HUKUMAN MATI

Bagi negara yang menguatkuasakan hukuman mati, masing-masing mempunyai kaedah dan alasan tersendiri bagi melaksanakan hukuman seperti gantung sampai mati, pancung, kerusi elektrik, tembak, suntika dan gas beracun. Kaedah atau teknik pelaksanaan hukuman mati mempunyai perkaitan dengan perkembangan sains dan perubahan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan tamadun. Walau apa pun teknik yang digunakan, adalah dipercayai semuanya memberi kesan yang pantas untuk mematikan seseorang.

i)                    Hukuman Bakar Sampai Mati
Kaedah in popular sebagai langkah deraan dan digunakan dengan meluas bagi kesalahan yang berkaitan dengan mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan orang ramai (hertics), mengamalkan ilmu sihir (witches) dan perempuan yang berprasangka buruk (suspicious women). Hukuman bakar sampai mati kali terakhir telah berlaku di Sepanyol pada tahun 1834.

ii)                  Roda
Kaedah ini merupakan teknik deraan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Orang yang dihukum akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu yang tajam atau menuruni bukit sehingga orang yang dihukum itu mati. 

iii)      'Guillotine'
Kaedah yang digunakan secara meluas semasa revolusi Perancis ini melibatkan penggunaan peralatan pemotong kepala yang menggunakan mata pisau (blade).

iii)                Gantung dan 'Garotte'
Kaedah gantung melibatkan pesalah digantung dengan tali untuk mematahkan tengkoknya. Manakala kaedah 'Garotte' merupakan teknik deraan yang popular mirip kepada hukuman  gantung. Peralatan seperti rak atau gelung dimuatkan pada tengkok pesalah, dipulas perlahan-lahan hingga tegang dan menyekat pengaliran darah. Mulut pesalah disumbat ketat dan rantai digunakan untuk mengikat lehernya.

v)           Tembak
Hukuman yang dijalankan secara tembakan akan dilakukan oleh lima orang penembak tepat. Sebahagian dari penembak tersebut akan diisikan senjata mereka dengan peluru kosong. Ini bermakna pembunuh sebenar adalah tidak diketahui.

    vi)        Gas Beracun
Menerusi kaedah ini banduan akan ditempatkan di dalam bilik yang berkunci dan tiada pengaliran udara. Gas hydrocyanic (asid hidroklorik + potassium cyanide@sodium cyanide) yang dibebaskan akan menyebabkan kemusnahan proses keupayaan badan untuk menghasilkan hemoglobin darah.

      vii)      Kerusi Elektrik
Hukuman ini dijalankan dengan menggunakan sebuah kerusi yang direka khas dimana banduan akan dikehendaki duduk atas kerusi dan badan serta kepala banduan akan dilekapkan dengan elektrod tembaga yang dihubungkan kepada bekalan elektrik. 
   
     viii)       Suntikan (Lethal Injection)
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan 3 kelas bahan kimia yang berbeza jenis dan kuantiti. Sodium Thiopental akan disuntik dan menyebabkan banduan tidur dengan nyenyak. Selepas itu, Pancuriom Bromide akan disuntik dan menyebabkan banduan berhenti bernafas dan pengsan. Akhir sekali Potassium Chloride akan disuntik dan jantung banduan akan terhenti.

                            www.youtube.com/watch?v=8ZWqsvx6jKA

B.                 REAKSI PELAKSANAAN HUKUMAN MATI

Terdapat pelbagai reaksi yang melahirkan pandangan yang pro dan kontra terhadap hukuman yang dikenakan. Bagi mereka yang bersetuju dengan hukuman mati, menganggap ianya adalah satu bentuk deraan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukuman mati akan memastikan mereka tidak terlibat semula dan mengulanginya. Sebagai satu pengajaran kepada umum, terdapat negara yang menjatuhkan hukuman mati di khalayak ramai dan di kawasan lapang atau tempat awam. Di negara kita, hukuman gantung dijalankan secara tertutup.

KESIMPULAN

Hukuman mati adalah hukuman yang paling berat yang hanya dikenakan ke atas kesalahan yang berat untuk menjamin keselamatan dan kepentingan umum. Saya percaya pentadbiran mahkamah mengambil keputusan yang teliti dan hakim berhati-hati apabila ingin menjatuhkan hukuman mati. Hukuman mati pada dasarnya haruslah difahami sebagai suatu hukuman yang diberikan kepada seseorang, bukan hanya atas pertimbangan perbuatan masa lalunya (kejahatan yang telah dilakukan) tetapi juga keyakinan bahawa orang yang disabitkan tidak dapat diperbetulkan atau dibina kembali kepercayaan bahawa mereka tidak lagi melakukannya. Hukuman mati juga sebagai satu pengajaran dan keadilan bahawa hutang darah mesti di balas dengan darah dan sebagai satu timbal balas di atas jenayah berat yang telah dilakukan. Tentunya, kerangka pemikiran seseorang individu mengenai pelaksanaan hukuman mati ini menjadi sangat luar biasa dan hanya terbuka dengan melihat kepada kemungkinan berlaku bagi kejahatan yang sangat luar biasa (very extraordinary crimes). 

RUJUKAN

Azman Mohd Noor. (in press) Hukuman Mati Mandatori: Satu Analisis Menurut Pengamalan Undang-                       Undang di Malaysia dan Syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 14-2. Retrieved                     from http://www.ukm.my/juum


Jabatan Penjara Malaysia.(2010). Retrieved from  


Pengurusan Banduan Hukuman Mati.(2004,15 Disember). Retrieved from       






1 ulasan:

  1. Lucky Club Live Casino Website Login
    Login to your luckyclub.live Lucky Club Live Casino account. · Login to your Lucky Club Live Casino account in quick succession · Register your Lucky Club Live Casino account and click ‎Login · ‎Login · ‎Register

    BalasPadam