Rabu, 3 Disember 2014

PENJARA



NUR SHAFIQAH BINTI MOHD SHABRI
219906
 

PENDAHULUAN
Penjara adalah berbeza dari institusi atau organisasi yang ada dalam masyarakat moden. Perbezaan bukan sekadar dari penampilan fizikal, malahan ianya merupakan satu tempat di mana satu kumpulan pekerja yang terlatih berkhidmat untuk mengurus dan menjaga satu kumpulan manusia yang bergelar "banduan/tahanan/juvana". Kumpulan kedua ini tidak datang secara rela, malah mereka dipaksa masuk dan dihalang dari meninggalkan kawasan penjara oleh pengawal, tembok dan pagar. Dalam erti kata lain, pihak pengurusan Jabatan Penjara tidak boleh memilih pelanggan dan tidak mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka. Banduan/ tahanan/penghuni harus hidup mengikut peraturan yang ditetapkan dan pergerakan mereka adalah amat terkawal. Dalam konsep kepenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbaga aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan. Masyarakat harus menyedari bahawa falsafah kepenjaraan itu merupakan satu ukuran ketamadunan bagi kehidupan sesebuah masyarakat sesebuah negara. Jabatan Penjara Malaysia adalah institusi terakhir dalam perlaksanaan "Criminal Justice System", dan bertanggungjawab kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jabatan Penjara Malaysia berkhidmat kepada masyarakat dengan menahan mereka yang dihukum oleh mahkamah.
Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal mereka dengan penuh perasaan perikemanusiaan dan membantu mereka menjalani kehidupan yang berfaedah serta mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan selepas dibebaskan.
PIAGAM PELANGGAN
Sesungguhnya kami warga Jabatan Penjara Malaysia sebagai sebuah organisasi koreksional akan sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada pelanggan. Kami juga dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan:-    
Ø  Menyediakan jentera dan sistem pentadbiran koreksional yang terancang, bersepadu, dinamik, cekap dan profesional berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan mengikut keutamaan dan keperluan semasa.           
Ø  Menjamin setiap penghuni yang menjalani hukuman dibebaskan pada tarikh yang ditetapkan.
Ø  Memastikan setiap penghuni berada dalam jagaan selamat sepanjang tempoh penahanan
Ø  Memberi layanan yang adil, saksama dan berperikemanusiaan kepada semua penghuni berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.          
Ø  Menyediakan program pemulihan yang bersepadu kepada semua penghuni berdasarkan Pelan Pembangunan Insan, Jabatan Penjara Malaysia.      
Ø  Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
Ø  Memastikan setiap aduan diambil tindakan dan diberi maklum balas dalam tempoh yang bersesuaian.
Visi
Untuk menjadi sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020.

Misi
Kami melindungi masyarakat dengan menyediakan penahanan yang selamat dan program pemulihan yang efektif.
Objektif
§  Memastikan penghuni menjalani tempoh penahanan sehingga dibebaskan
§  Memastikan keselamatan penghuni, staf dan orang awam terjamin
§  Memastikan penghuni diberi layanan berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan
§  Memastikan program pemulihan ke atas penghuni dilaksanakan dengan berkesan
Fungsi
§  Melaksanakan perintah penahanan oleh mahkamah atau pihak berkuasa ke atas penghuni sehingga penghuni dibebaskan.
§  Memberi kawalan ke atas penghuni semasa mereka menjalani hukuman atau penahanan serta layanan yang berperikemanusiaan.
§  Melaksanakan program pemulihan ke atas penghuni melalui pelbagai pendekatan.
SEJARAH PEMULIHAN
Program Khidmat Bakti merupakan program yang pertama diperkenalkan bagi tujuan pemulihan. Program ini dikenali sebagai “Ibrahim System”. Kemudiannya, program pemulihan dikembangkan dengan menggunakan kaedah pendekatan bersepadu melalui aktiviti pemulihan, vokasional, keagamaan dan latihan fizikal.
Pada Julai 1980 Program Rundingcara diperkenalkan dengan tujuan mewujudkan sau unit sokongan terhadap sistem pemulihan dan rawtan. Diikuti pada September 1992 Modul Terapi Kouniti diwujudkan sebagai alternatif terhadap modaliti pemulihan yang dikhusus kepada penagih dadah.
Seterusnya Modul Halaqah diwujudkan pada Februari 1996 sebagai modul alternatif untuk memulih penghuni yang beragama Islam berteraskan konsep pengajian dan pengamalan dalam kehidupan seharian.
Mulai Februari 2002, pelaksanaan Modul pemulihan dilaksanakan berpandukan kepada modul Pembangunan Insan. Pada November 2008, Modul Pendidikan Dan Bimbingan diwujudkan sebagai salah satu cabang Modul di dalam PPI bagi memulihkan banduan yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan kecil dan banduam pertama kali masuk penjara.
MODUL PEMBANGUNAN INSAN (PPI)
            PPI merupakan pelan yang dirangka bagi tujuan aktiviti pemulihan penghuni dan dibina berasaskan sistem fasa. Objektif PPI adalah bertujuan :
Ø  Mewujudkan satu sistem pemulihan yang sistematik dan mampu mencapai matlamatnya.
Ø  Membina jatidiri serta melahirkan penghuni yang berakhlak dan berkemahiran.
Ø  Mengembalikan penghuni kepada masyarakat sebagai manusia yang insaf dan mampu berbakti kepada masyarakat.
PPI dilaksanakan mengikut fasa, yang mana ianya digambarkan sebagaimana carta dibawah :
 


1.Fasa Orientasi
Merupakan fasa yang mesti dilalui oleh setiap penghuni. Tempoh berada dalam fasa ini ialah 2 bulan. Modul yang dilaksanakan dalam fasa ini ialah Modul Pendidikan dan Bimbingan dan Modul Residivis. Objektif fasa ini ialah :
·         Membentuk disiplin penghuni agar patuh kepada peraturan dan arahan.
·         Mewujudkan keseimbangan aktiviti pemulihan mental dan fizikal.
·         Menanamkan sikap positif dan yakin diri.
Modul Pendidikan dan  Bimbingan. Modul ini diwujudkan bagi tujuan pengkhususan kepada banduan pertama kali masuk penjara. Ianya merupakan modul yang mesti dilalui oleh setiap penghuni.
Modul Residivis. Banduan yang berulang kali masuk penjara dikehendaki mengikuti modul ini. Konsep aktiviti yang dilaksanakan dalam modul ini memberi penekanan kepada aktiviti latihan fizikal.
2.Fasa Pengukuhan Sahsiah
Modul yang diwujudkan pada fasa ini merupakan core treatment dalam PPI yang dilaksanakan selama 6 bulan yang memberi penekanan kepada aspek pembentukan jati diri dan modul yang bersesuaian mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Modul-modul yang dilaksanakan dalam fasa ini adalah Modul Terapi Komuniti, Modul Halaqah, Modul Pendidikan Dan Bimbingan serta Modul Tegar dan Modul Putra.
Modul Terapi Komuniti. Merupakan core treatment bagi banduan yang terlibat dengan penagihan dadah dan berulang kali masuk penjara, modul ini dilaksanakan selama 6 bulan. Ianya bertujuan untuk membebaskan penghuni dari ketagihan dadah dan membimbing mereka ke arah memiliki tahap keyakinan diri yang teguh.
Modul Halaqah. Penghuni beragama Islam yang mempunyai tahap pengetahuan agama yang cetek akan ditempatkan dalam modul ini. Dilaksanakan selama 6 bulan dan berkonsepkan sistem pondok. Bertujuan untuk melahirkan penghuni beragama Islam yang dapat menghayati dan melaksanakan ajaran agama Islam sebagai cara hidup.
Modul Pendidikan dan bimbingan. Modul ini merupakan modul umum ketiga yang dibina bagi memulih penghuni yang terlibat dengan pelbagai jenayah. Modul yang terdapat dalam modul ini adalah lanjutan daripada Modul Pendidikan dan Bimbingan di fasa orientasi.
Modul Tegar. Merupakan modul khusus bagi banduan yang diklasifikasikan sebagai membawa pengaruh negatif kepada banduan lain, kerap melanggar peraturan-peraturan penjara atau degil.
Modul Putra. Modul ini dikhususkan bagi banduan muda yang bertujuan untuk membimbing penghuni-penghuni di dalam penjara untuk mencapai keputusan terbaik di dalam peperiksaan dan mengubah tingkahlaku. Aktiviti dalam modul ini ialah Kelas Membaca, Menulis dan Mengira (3M). Selain itu, turut disediakan kelas-kelas persediaan kelas-kelas persediaan untuk menghadapi Sijil Penilaian Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).


3.Fasa Kemahiran
Dikhususkan kepada penghuni yang melepasi Fasa Pengkhususan Shasiah dengan memperolehi PNGK 3.0 dan ke atas bertujuan untuk melahirkan penghuni yang mahir dalam bidang kemahiran adalah objektif fasa ini. Walaupun tumpuan diberikan kepada aktiviti kemahiran, aktiviti pemulihan masih diteruskan. Oleh yang demikian, penghuni yang berada dalam fasa ini perlu mengikuti aktiviti pemulihan yang ditetapkan, selama 2 jam seminggu.
 

4.Fasa Pra Bebas
Merupakan fasa penghayatan, yang mana pada fasa ini, penghuni dikehendaki menghayati apa yang telah dipelajari dan menterjemahkannya dalam kehidupan. Objektif utama fasa ini adalah untuk menyediakan penghuni dalam menghadapi stigma sosial apabila mereka dibebaskan dan menggalakkan penyertaan awam dalam membantu proses asimilasi penghuni ke dalam masyarakat.
Selain daripada pelaksanaan aktiviti utama, iaitu pra-bebas, kerja luar dan usahasama luar, banduan juga didedahkan dengan modul sampingan, seperti “we care” dan “community care”.


RUJUKAN

  • Laman Web Rasmi Jabatan Penjara Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan