Khamis, 4 Disember 2014

RESIDIVIS
Disediakan oleh: NURUL NASUHA BT CHE HAMZAH
NO MATRIK: 221052



KENAPA RESIDIVIS BERLAKU?
     Residivis membawa maksud pelaku jenayah yang melakukan kesalahan jenayah berulang kali yang telah menjalani hukuman penjara dan kembali melakukan jenayah sama ada kesalahan yang sama atau pun berlainan. Jabatan Penjara Malaysia juga mengkelaskan banduan yang berulang kali menjalani hukuman di penjara ini sebagai residivis.
     Masalah residivisme yang ketara turut dikaitkan kepada kegagalan pusat pemulihan untuk memulihkan pesalah banduan. Di pusat pemulihan dan di penjara, pelatih-pelatih diberi bimbingan dan pendedahan sebagai persediaan untuk kembali ke pangkuan masyarakat. (Miner, 2002). Hayden (2010) berpandangan bahawa pusat pemulihan bersifat ‘criminogenic’ dan persekitaran pusat secara tidak langsung menyediakan satu set risiko yang menggalakkan banduan lain untuk memperkukuhkan tingkah laku jenayah. Menurut Rokiah (2000), pendekatan rawatan simptom sahaja tanpa menangani punca struktural boleh menyebabkan pengulangan masalah yang sama oleh banduan selepas bebas daripada institusi pemulihan. Residivisme sentiasa menjadi sangat tinggi apabila pendekatan hukuman yang mudah tanpa mengambil kira hubungan interpersonal kekeluargaan dan komuniti sebagai kunci utama (Ozawa, 2009).
     Faktor-faktor risiko yang lebih kerap dikaitkan dengan residivisme adalah jantina, bangsa, penggunaan dadah, kegagalan menyesuaikan diri dalam masyarakat, dan konflik dengan ibu bapa (Chang, Chen, & Brownson, 2003)
     Di dalam masyarakat, orang yang berkelakuan menyalahi norma akan dipandang negatif. Disebabkan ini, jika banduan mula berubah dan kembali ke jalan benar, tetapi juga ada menimbulkan satu persepsi yang negatif di dalam sesebuah masyarakat. Disebabkan hal ini, banduan yang telah keluar dari penjara cenderung untuk mengulangi kesalahan yang sama serta melanggar norma-norma yang telah ditetapkan dalam masyarakat. Apabila banduan melakukan kesalahan yang sama, timbul perasaan takut dan rasa terancam di dalam kehidupan mereka. Stigma merupakan proses tafsiran oleh masyarakat melalui tindakan-tindakan yang dilakukan dalam proses peradilan bahawa ia adalah orang yang jahat. Masyarakat berfikiran bahawa kemungkinan banduan merupakan orang yang benar-benar pelanggar hukum yang jahat tanpa mempunyai perasaan ingin berubah.



Pelbagai faktor lain berlakunya jenayah berulang di kalangan penghuni penjara dan penghuni pusat pemulihan akhlak  Jabatan Penjara Malaysia. Antaranya ialah:
*Ibubapa tidak ambil peduli dan banduan tidak mempunyai hubungan kasih sayang dengan ibu / bapa
*Pembentukan gaya hidup yang negatif dari ibubapa (Ala barat & tidak mementingkan agama)
*Tidak pernah mendapat kasih sayang dari ibu /bapa akibat dibesarkan oleh nenek/ datuk pakcik/ makcik kerana ibu/ bapa bercerai/ berpisah/ meninggal/ kawin muda Ibu / bapa terlalu menggongkong
*Hubungan dengan adik beradik terputus / berpisah menyebabkan tiada tempat bergantung
*Penglibatan ahli keluarga sendiri /keluarga angkat/ keluarga tiri / saudara mara dalam jenayah seperti penagihan / kongsi gelap /
*Hubungan yang renggang dengan saudara mara memberi kesan tiada tempat pertolongan *Desakan / tekanan dari isteri/suami
*Tiada sokongan daripada anak-anak
*Kecewa ditinggalkan oleh kekasih
*Bosan dengan kerja yang  dilakukan kerana lemah atau tidak mahir dengan pekerjaan yang dilakukan
*Kerja yang dilakukan adalah jenayah (pengedar dadah/ pelacur)
* Persekitaran tempat kerja yang dipenuhi dengan penagih/ penjenayah
*Tahap pendidikan rendah. Tiada kemahiran selain akademik untuk bekerja
* Kecewa dan putus harapan akibat daripada mempunyai penyakit HIV
*Pengaruh tempat – tempat negatif  tempat menagih/ perancangan jenayah seperti pub, disko ,dangdut ,pusat snooker, pasar, ladang sawit,hotel,rumah sendiri, tempat kerja, kawasan kediaman
*Berkawan dengan mereka yang terlibat dengan jenayah ditangkap kerana berada di tempat kejadian / dianiaya
*Masyarakat di sekitar tempat tinggal tidak peduli. Masyarakat sekitar memberi cemuhan
*Rakan sekerja terdiri dari penagih/ penjenayah/ pelacur






Faktor individu dan sahsiah diri juga merupakan punca yang menyebabkan residivis berlaku. Antaranya ialah :
  • Keturunan dan persekitaran masing-masing memainkan peranan dalam pembangunan manusia
  • Kekurangan salah satunya akan membawa halangan pembangunan seseorang
  • Wujud kesukaran menentukan faktor biologi berperanan dalam perkembangan manusia
  • Fenomena bertentangan antara ‘ nature ’ dan ‘ nurture ’
  • Proses sosialisasi iaitu proses yang dilalui oleh individu dalam perkembangan dan pembangunannya juga penting
  • Persekitaran keluarga yang baik akan membentuk peribadi yang sempurna, jika persekitaran teruk akan berlaku sebaliknya
  • Pengaruh biologi boleh dikaitkan dengan teori biologi. Teori ini mengandaikan tingkah laku seseorang adalah berasaskan ciri-ciri biologinya
  • Mengandaikan devian merupakan suatu penyakit. Pandangan teori ini, terdapat kelainan dan kelemahan yang mendorong tingkah lakunya ke arah devian. Teori ini dikaitkan dengan seorang pakar sakit jiwa iaitu Cesare Lombroso (1835-1909)
  • Penentu utama kepada jenayah adalah faktor biologinya iaitu ciri fizikalnya
  • William H.Sheldon (1949) pula menyatakan tingkah laku manusia berkait dengan bentuk badannya. Kelemahan teori ini-kita tidak dapat menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai ciri-ciri fizikal seperti yang dinyatakan Lombroso adalah seseorang penjenayah
  • Tingkah laku jenayah hasil dari fikiran tak siuman atau terganggu
  • Teori personaliti yang menekankan pengalaman awal kanak-kanak akan memberi kesan buruk kepada perkembangan personaliti
  • Kecacatan mental dan gangguan mental ini akan menyebab lencongan atau devian





Seksyen Residivis
Fungsi Seksyen ini ialah :
 • Meneliti isu/masalah dasar strategi pembangunan atau program residivis dari sudut impak kepada kumpulan sasar.
• Menyedia kertas cadangan penilaian semula dasar residivis dan strategi yang dilaksanakan ke arah kecapaian KPI yang telah ditetapkan.
• Menyelaras dan melaksanakan tugas-tugas memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar/strategi/program bagi pengurangan residivis
• Membantu Bahagian/institusi merangka strategi pemantauan penilaian dan keberkesanan program yang dijalankan.
• Melaksanakan kajian impak keberkesanan program pemulihan yang dijalankan bagi mengurangkan kadar residivis.
• Melaksanakan dan membantu perancangan strategi pengurangan kadar residivis meliputi pemikiran semula dan ‘reengineering’ Bahagian/ Institusi.
• Melaksanakan kajian kolerasi antara kadar pengurangan residivis dengan keberkesanan program pemulihan bersama institusi pengajian awam





PDRM mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penjara kerana berjaya mengekalkan kadar residivis atau kes banduan berulang kali masuk penjara di negara ini pada 7.96 peratus dari Januari hingga Julai 2013. - BERNAMA




RUJUKAN

Umar Wirahadikusuma. (2014). Jurnal Ilmiah., Studi Tentang Pembinaan Terhadap Residivis di Lembaga Pemasyarakatan Kelas Iia Mataram,. pp  4–6
Jabatan Penjara Malaysia. (2012) Disember). Bahagian Dasar Kepenjaraan. Retrieved November 22  2014, from the World Wide Web:
http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau/kepenjaraan#Fungsi Bahagian
Abdul Abbas. (2013) May). Efektivitas Lembaga Permasyarakatan Bagi Residivis. Retrieved November 25  2014, from the World Wide Web:
http://www.scribd.com/doc/138897218/Efektivitas-Lembaga-Permasyarakatan-Bagi-Residivis
Hazim Abdullah. (2012) Mac). Pencegahan Residivisme. Retrieved Disember 1 2014, from the World Wide Web:
http://www.slideshare.net/nix81_kunie/residivisme
Langkawiable. (2010) Februari). Pencegahan Residivisme. Retrieved Disember 3 2014, from the World Wide Web:
http://www.slideshare.net/langkawiable/residivisme-bab-3







Tiada ulasan:

Catat Ulasan