Jenayah
Islam
juga tidak terlepas daripada memberi pandangan terhadap konsep jenayah.
Terdapat beberapa kategori jenayah yang dapat dilihat dari segi pandangan
Islam. Jenayah hudud dikatakan pelanggaran hak Allah yang dikenali juga sebagai
hak awam atau masyarakat dan para pelaku dikatakan berdosa besar. Kesalahan jenayah hudud dan hukumannya adalah
bersifat mandatori. Takzir pula merupakan pelanggaran hak Allah iaitu hak awam dan
kesalahan takzir disebut dalam syariah. Hukumannya terserah kepada budi bicara
pemerintah memandangkan hukuman yang dikenakan tidak bersifat mandatori. Qisas
pula merupakan kesalahan yang dilakukan dengan sengaja dan niat bagi membunuh
atau mencederakan seseorang. Dari segi konsep, individu yang melakukan jenayah
ini dikatakan telah melanggar hak Allah tetapi Islam menganggap hak individu
adalah lebih besar dalam hal ini.
Perbuatan
jenayah adalah berbeza pemahaman dan penerimaannya dalam masyarakat yang
berbeza. Sesuatu yang dianggap jenayah disesebuah tempat atau daerah tidak
semestinya juga menjadi jenayah di tempat dan daerah lain. Malah sesuatu yang
dibenci masyarakat di sesebuah kawasan mungkin amat disukai oleh masyarakat di
kawasan lain. Sebagai contoh, bercium di
khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan
boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.
Terdapat
pelbagai kategori jenayah yang dapat disenaraikan. Antaranya ialah jenayah
berat, jenayah siber, jenayah seksual, jenayah perang, jenayah juvana serta
jenayah komersil. Jenayah berat juga dikenali sebagai “Feloni”. Feloni
merupakan sejenis jenayah yang memberi impak sangat besar kepada masyarakat dan
memberi ancaman yang tinggi terhadap keamanan sesebuah masyarakat. Contoh
jenayah berat ialah seperti merompak, mengedar dadah, merogol, membunuh dan
seumpamanya. Seseorang yang disabitkan kepada jenayah berat juga menerima
hukuman yang sangat berat seperti sebatan, penjara seumur hidup, penjara
sepanjang hayat dan hukuman yang paling berat ialah hukuman gantung sampai
mati. Klasihfikasi jenayah berat juga adalah berbeza di antara sesebuah negara
dengan negara yang lain. Misalnya di Amerika Syarikat adalah tidak dilarang
untuk memiliki senjata secara umumnya. Namun berbeza pula dengan negara
Malaysia dimana pemilikan senjata merupakan sesuatu yang dianggap sebagai
jenayah berat melainkan bagi kes-kes tertentu.
Jenayah
siber pula merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Kemunculan
Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat
mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah
dihidupkan. Namun yang menjadi masalahnya ialah terdapat ramai individu yang
tidak bertanggungjawab terhadap web yang dicipta oleh mereka. Pelbagai maklumat
yang telah diwujudkan sehinggakan masyarakat menjadi buta terhadap apakah
maklumat yang boleh dipercayai dan maklumat apa yang tidak boleh dipercayai. Bermacam-macam
maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang
juga pornografi disebarkan melalui Internet. Melalui Internet juga, keamanan
sesebuah negara dilihat tergugat apabila sesuatu perkara yang berbaur hasutan
dan fitnah amat mudah untuk disebarkan dimana akhirnya hanya menimbulkan
perpecahan serta pergaduhan dalam masyarakat.
Jenayah
seksual pula merupakan aktiviti jenayah yang melibatkan isu jantina sama ada
berlainan jantina ataupun sesame jantina. Aktiviti rogol merupakan aktiviti
jenayah yang paling sinonim dengan jenayah seksual. Istilah "rogol"
merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan
bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Bentuk-bentuk jenayah rogol ialah
seperti rogol bergilir-gilir, rogol dan penyiksaan seksual, rogol statutori dan
rogol kenalan. Selain daripada rogol, jenayah seksual juga merangkumi sumbang
mahram, liwat, sindiket pelacuran, penderaan seksual kanak-kanak dan
seumpamanya. Internet juga dikatakan sebagai punca jenayah seksual meningkat. Sejak
perkhidmatan internet diperkenalkan di negara ini pada 1987 dan peningkatan
penjualan VCD dan DVD lucah yang dilakukan secara berleluasa, didapati bahawa
kes jenayah seksual juga turut meningkat.
Jenayah
perang pula merupakan pencabulan yang serius terhadap undang-undang yang
melibatkan konflik bersenjata yang juga dikenali sebagai undang-undang
kemanusiaan antarabangsa atau Hak Asasi Manusia. Antara perkara yang
disenaraikan sebagai jenayah perang ialah termasuklah pembunuhan, layanan buruk
atau pengusiran penduduk awam di wilayah yang diduduki, pembunuhan atau layanan
buruk tawanan perang, pembunuhan banduan, kemusnahan yang melampaui batas,
bandar-bandar, pekan dan kampung-kampung, dan apa-apa kemusnahan yang tidak
wajar oleh keperluan ketenteraan, atau orang awam. Contoh isu antarabangsa yang
dapat disentuh ialah seperti jenayah perang yang dilakukan oleh negara Israel
terhadap negara Palestin. Melihat kepada
apa yang telah dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin, ianya jelas
menunjukkan bahawa negara Zionis itu telah melakukan pencerobohan terhadap kedaulatan
sebuah negara merdeka. Jenayah perang dilaksanakan secara terang-terangan tanpa
menghiraukan sensitiviti dan rayuan masyarakat dunia lain agar jenayah tersebut
dihentikan segera (Roper dan Barria, 2007).
Jenayah
juvana pula terdiri daripada pelakunya yang sangat muda iaitu 18 tahun dan ke
bawah. Istilah jenayah juvana merujuk kepada pelanggaran undang-undang oleh seseorang
juvana. Mengikut akta Mahkamah Juvana, 1947 (AKTA 90) juvana membawa makna
seseorang yang boleh menanggung tanggungjawab jenayah yang ditetapkan dibawah
seksyen 82 Kanun Keseksaan dan dibawah umur 18 tahun. Hal ini demikian kerana
apabila mereka melepasi usia 18 tahun, mereka akan dikira sebagai golongan
dewasa. Faktor-faktor seperti ekonomi, pengangguran, urbanisasi serta komunikasi
merupakan faktor utama yang membawa kepada jenayah juvana. Sekiranya mereka yang melakukan
jenayah pada umur muda itu telah melepasi umur dewasa iaitu 18 tahun dan
keatas, dan hukuman mereka belum tamat, maka mereka akan dibawa ke penjara dan
akan menjalani hukuman seperti orang dewasa yang lain.
Jenayah
komersil pula merujuk aktiviti jenayah seperti penipuan yang memperdaya
seseorang atau syarikat untuk mendapatkan barang-barang dan wang melalui
pemalsuan. Ia adalah disebabkan oleh ketamakan dan pekerjaan yang tidak
menentu. Antara bentuk jenayah-jenayah komersil ialah seperti penipuan kad
kredit, penipuan e-Banking, penipuan wasiat, penipuan insurans dan seumpamanya.
Penipuan kad kredit berlaku kerana masyarakat di seluruh dunia menggunakan kad
pembayaran plastik secara meluas. Mereka menjadikan ianya sebagai sebahagian
daripada cara urus niaga harian dalam pasaran kewangan. Malangnya, penipu kad
kredit juga telah menembusi hal ini secara meluas.
Penipuan
e-Banking pula melibatkan bank. kecuaian pihak pelanggan yang mendedahkan kata
laluan kepada pihak ketiga menjadi punca utama mereka menjadi mangsa (Nazura
dan Jasri, 2003). Dalam kebanyakan kes, mangsa menerima SMS kononnya mangsa
telah memenangi hadiah wang tunai. Penipuan wasiat pula merupakan penipuan yang
berkaitan dengan peninggalan wasiat oleh seseorang kepada seseorang yang
dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Beberapa dokumen sokongan dari
jabatan kerajaan tertentu seperti Kementerian Kehakiman, Mahkamah, Bank Negara
Malaysia dan sebagainya disertakan untuk menyakinkan mangsa. Seterusnya suspek akan mengenakan bayaran untuk
menguruskan pemindahan wang tersebut kepada mangsa. Namun hakikatnya harta yang
didakwa tidak wujud. Penipuan insuran pula merujuk penipuan yang berlaku dalam
industri insuran. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu
penipuan oleh orang dalam, penipuan oleh pemegang polisi dan penipuan oleh
pihak ketiga.
Rujukan
Nazura
Abdul Manap & Jasri Jamal. (2003).
Jenayah komputer : Perbandingan menurut Akta
Jenayah
Komputer 1997 dan Prinsip Undang-undang Jenayah Islam. Jurnal Undang-
undang dan Masyarakat, 7 , 15-36. http://www.ukm.my/juum/JUUM%202003
/Jenayah_Komputer%20%28full%29.pdf
Onna,
J. H. R. V., Geest, V. R. V. D., Huisman, W. & Denkers, A. J. M. (2014).
Criminal
trajectories
of white-collar offenders. Journal of
Research in Crime and Delinquency,
51(6), 759-784. doi: 10.1177/0022427814531489
Roper, S. D., & Barria, L. A. (2007). Donor motivations and contributions to war crimes
tribunals. Journal of Conflict Resolution, 51(2), 285-304. doi:
Zainal
Azam Abd. Rahman. (t.t). Memahami konsep
membanteras jenayah. Dicapai
daripada http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/6691-memahami-
konsep-membanteras
jenayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan