Jumaat, 5 Disember 2014

Kemahiran Kerja Sosial Di Pusat Pemulihan Penyalahgunaan Bahan



PENGENALAN

Perkembangan arus globalisasi kini telah menyebabkan manusia semakin kreatif dalam penggunaan dadah dan hal ini adalah penyumbang kepada wujudnya masalah penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat. Hakikatnya, seperti yang kita sedia maklum, dadah telah mendatangkan banyak kesan negatif tidak kira sama ada kepada individu, keluarga, masyarakat mahupun sesebuah negara itu sendiri.
Dadah dapat didefinisikan sebagai sesuatu bahan yang boleh menyebabkan ketagihan kepada mereka yang mengambilnya dengan cara yang salah. Meskipun dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu Negara bilangan penagih dadah yang dicatatkan masih lagi berada di satu tahap yang amat membimbangkan Terdapat pelbagai bentuk dadah yang biasanya diambil dengan cara yang salah. Antaranya adalah seperti dadah tiruan, pil estacy, ganja, kokain, heroin dan juga amphetamines.
Manakala pemulihan dadah(drug rehabilation) pula merupakan satu istilah yang digunakan untuk mengambarkan proses rawatan mahupun pemulihan ke atas mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan samada dadah mahupun alkohol. Namun di Malaysia pemulihan penyalahgunaan bahan lebih tertumpu kepada pemulihan mereka yang menyalahgunakan dadah.
Penyalahgunaan dadah boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada negara secara amnya. Kita dapat melihat bahawa kerajaan telah mengeluarkan satu peruntukkan belanjawan yang besar semata-mata untuk merawat mereka yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurut laporan pada tahun 2013, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM280 juta setahun bagi menguruskan 28 pusat pemulihan dadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang terdapat di seluruh negara.  Nilai ini bukanlah satu nilai yang sedikit. Selain daripada itu, penyalahgunaan dadah juga telah menyebabkan Malaysia semakin kekurangan modal insan yang berkualiti dek kerana semakin ramai golongan muda terutamanya remaja yang mula terlibat dengan dadah. Hakikat bahawa kebanyakan golongan remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah adalah sesuatu yang membimbangkan kerana umum sedia maklum bahawa bahawa golongan orang muda ini merupakan masa depan negara. Namun sekiranya semakin ramai golongan muda mula terjebak ke dalam kancah penyalahgunaan dadah ini, bagaiman kita dapat membayangkan keadaan negara kita di masa hadapan.

PROGRAM PEMULIHAN DADAH DI MALAYSIA


Di Malaysia kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah semenjak tahun 1975 lagi. Kebanyakan proses pemulihan pada waktu itu adalah dengan menggunakan pendekatan psikososial kerana pada waktu itu, kerajaan telah menganggap bahawa masalah dadah merupakan satu bentuk masalah sosial. Namun setelah dadah diishttiharkan sebagai musuh nombor satu negara pada Mei 1963,  kerajaan telah memutuskan bahawa perkhidmatan pemulihan dan rawatan mereka yang terlibat dengan dadah adalah terletak di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri. Berlanjutan dengan perkara tersebut, kerajaan telah memperkenalkan satu pendekatan baru iaitu Multidisclipinary Approach yang mana di dalamnya mengandungi konsep Tough and Rugged yang mana ianya bersifat lebih agressif dan tegas dalam rawatan dan pemulihan dadah. Melalui pendekatan ini, setiap penagih dadah yang mengikuti rawatan dan pemulihan dadah.  Melalui pendekatan ini, setiap penagih dadah yang mengikuti rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti akan melalui proses regimentasi ala tentera dengan tujuan untuk membina ketahanan mental dan fizikal serta disiplin diri.


PERANAN PEKERJA SOSIAL

Namun sebagai pekerja sosial, terdapat pelbagai peranan yang penting yang harus dimainkan dalam usaha untuk membantu mereka yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini. Bagi pekerja sosial yang terlibat ataupun bekerja denga mana-mana pusat pemulihan, terdapat pelbagai bentuk peranan, kemahiran dan skill yang diperlukan oleh pekerja sosial untuk menjalankan pratiknya dengan mereka yang menjadi penghuni kepada sesebuah pusat pemulihan tersebut.

Pekerja sosial yang terlibat ataupun berkhidmat dengan mana-mana pusat pemulihan dadah bolehlah mempraktikkan kemahiran dan skill yang telah dipelajari sepanjang bergelar pelajar jurusan kerja sosial. Sebagai contoh kemahiran untuk menjalankan sesi terapi yang mana dapat membantu untuk memulihkan klien. Sebagai seorang bekas pelajar kerja sosial,kita telah didedahkan dengan pelbagai bentuk terapi yang mana ada diantara terapi-terapi tersebut adalah bersesuaian untuk membantu memulihkan mereka yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.. ini adalah kerana melalui sesi intervensi individu ataupun kaunseling yang dijalankan pelatih-pelatih yang terdapat di pusat pemulihan akan mendapat ruang untuk meluahkan perasaan  dan masalah yang dihadapi oleh mereka dan seterusnya ianya memberi ruang kepada pekerja sosial itu untuk meneroka permasalahan klien dengan lebih mendalam lagi, dan akhir sekali mencari jalan penyelesaian dan rawatan yang bersesuaian.
Selain itu, pekerja sosial juga adalah arif tentang teknik dan strategi tentang bagaimana caranya  untuk menjalankan sesi intervensi dengan itu. Melalui intervensi yang dijalankan, pekerja sosial bolehlah menggunakan peluang tersebut sebagai contoh untuk menjalankan sesi kaunseling yang mana mungkin berkesan sebagai terapi kognitif yang bertujuan untuk mengubah persepsi kliennya. Terapi kognitif merupakan satu kaedah yang digunakan keatas klien bertujuan untuk mengubah bentuk pemikiran individu tersebut keatas sesuatu perkara.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, sebagai seorang pekerja sosial terdapat pelbagai bentuk peranan dan sumbangan yang boleh diberikan oleh pkerja sosial tersebut ke atas sesebuah pusat pemulihan tersebut. Sebagai seorang pekerja sosial yang verstail ataupun serba boleh, peekerja sosial tersebut haruslah mempraktikkan segala kemahiran dan skill yang ada pada dirinya dalam usaha untuk memulihakan dan merawat seseorang penagih dadah tersebut. Secara lansung hasil daripada program rawatan dan penggunaan kaedah pemulihan yang berkesan keatas penagih dadah akan membawa kepada terhapusnyaa kebergantungan seseorang itu terhadap daddah sekaligus Malaysia akan dapat bergerak kearah sebuah negara yang bebas dadah.


 

RUJUKAN


 Adk.gov.my,. (2014). UTAMA - AADK. Retrieved 8 November 2014, from http://www.adk.gov.my/web/guest;jsessionid=3F4C8DFDD746AF0EA5403B173BEE51BA

Kosmo! Online,. (2014). Kerajaan belanja RM280 juta setahun urus pusat pemulihan dadah AADK. Retrieved from http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

NUR KHALEEDA BT MOHD KAMIL (223370)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan