PENGENALAN
Terdapat banyak negara di dunia yang
memperuntukkan hukuman mati kepada pesalah sebagai jalan untuk melawan jenayah.
Perubahan masa yang berlaku telah mengubah banyak perkara berkaitan dengan
hukuman yang dianggap 'ultimate punishment' ini. Bermula dengan perubahan
kaedah hukuman hinggalah timbul perdebatan hangat tentang keperluan peruntukan
hukuman mati itu sendiri. Setiap penghujahan yang dikemukakan tetap mempunyai
asasnya yang tersendiri. Walau apa pun pendirian yang dibawa, didapati terdapat
106 buah negara di dunia yang masih memperuntukkan hukuman mati dalam sistem
perundangan masing-masing. Terdapat negara tertentu yang menggunakan peruntukan
itu secara agresif (kerap). Namun terdapat juga yang jarang digunakan dan hanya
sekadar wujud tapi tidak pernah digunakan. Saya bukanlah mendukung sepenuhnya
hukuman mati ini dilaksanakan terutama apabila ia melibatkan hak asasi manusia
tetapi hukuman mati ini masih lagi relevan untuk dilaksanakan jika penjenayah
tersebut melakukan kesalahan berat yang tidak sepatutnya dilakukan terutama
apabila melibatkan soal nyawa. Nyawa individu juga merupakan hak yang
dilindungi oleh Perlembagaan di kebanyakan negara. la tidak boleh diganggu
gugat oleh sesiapa pun tanpa kebenaran undang-undang. Oleh itu, hukuman mati
hanya dikenakan bagi kesalahan yang berat yang sepadan dengan hukuman.
Kaedah-kaedah perlaksanaan hukuman mati di setiap negara adalah berbeza-beza.
Di Arab Saudi misalnya yang mengamalkan Undang-Undang Islam telah melaksanakan
hukuman mati secara memancung kepada pesalah. Ada beberapa negara pula ada
beberapa cara hukuman mati seperti menyuntik racun, menggunakan kerusi
elektrik. Di China pula, hukuman mati dilaksanakan dengan menembak tepat ke
kepala pesalah, Apa pun cara yang dilakukan, hukuman mati dilaksanakan cuba
tidak menyeksa pesalah. Nyawa pesalah diambil secara cepat bagi memastikan
pesalah tidak terseksa.
A.
KESALAHAN-KESALAHAN YANG MELIBATKAN HUKUMAN MATI DI
MALAYSIA
1.
Kanun Keseksaan (Penal Code)
Ada beberapa seksyen di dalam Kanun Keseksaan
dengan jelas menyebut kesalahan yang apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman
mati. Antaranya ialah:
Seksyen 121 :Berperang
atau mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang
di- Pertuan Agong atau Raja atau Yang diPertua
Negeri
Seksyen 121A :Kesalahan-kesalahan
terhadap tubuh Yang di- Pertuan Agong.
Seksyen 132 :Menyubahati
Dahagi, jika dahagi dilakukan oleh sebab subahat itu.
Seksyen 194 :Memberi
atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak mendapat sabitan
atas kesalahan
hukum bunuh.
Seksyen 302 :
Siksaan bagi kesalahan membunuh orang.
Seksyen 305 :
Menyubahati kanak-kanak atau orang gila membunuh diri.
Seksyen 364 : Penculikan.
Seksyen 396 : Rompak berkumpul serta membunuh orang.
2.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
3.
Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat)
1971, Akta 37.
4. Akta Dadah Berbahaya 1952
B.
KAEDAH
PERLAKSANAAN HUKUMAN MATI
Bagi negara yang menguatkuasakan hukuman mati, masing-masing mempunyai kaedah dan alasan tersendiri bagi melaksanakan hukuman seperti gantung sampai mati, pancung, kerusi elektrik, tembak, suntika dan gas beracun. Kaedah atau teknik pelaksanaan hukuman mati mempunyai perkaitan dengan perkembangan sains dan perubahan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan tamadun. Walau apa pun teknik yang digunakan, adalah dipercayai semuanya memberi kesan yang pantas untuk mematikan seseorang.
i)
Hukuman
Bakar Sampai Mati
Kaedah in popular sebagai langkah deraan dan digunakan
dengan meluas bagi kesalahan yang berkaitan dengan mengamalkan kepercayaan yang
bertentangan dengan orang ramai (hertics), mengamalkan ilmu sihir (witches)
dan perempuan yang berprasangka buruk (suspicious women). Hukuman bakar
sampai mati kali terakhir telah berlaku di Sepanyol pada tahun 1834.
ii)
Roda
Kaedah ini merupakan teknik deraan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Orang yang dihukum akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu yang tajam atau menuruni bukit sehingga orang yang dihukum itu mati.
Kaedah ini merupakan teknik deraan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Orang yang dihukum akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu yang tajam atau menuruni bukit sehingga orang yang dihukum itu mati.
iii) 'Guillotine'
Kaedah yang digunakan secara meluas semasa revolusi
Perancis ini melibatkan penggunaan peralatan pemotong kepala yang menggunakan
mata pisau (blade).
iii)
Gantung
dan 'Garotte'
Kaedah gantung melibatkan pesalah digantung dengan tali
untuk mematahkan tengkoknya. Manakala kaedah 'Garotte' merupakan teknik deraan
yang popular mirip kepada hukuman
gantung. Peralatan seperti rak atau gelung dimuatkan pada tengkok pesalah,
dipulas perlahan-lahan hingga tegang dan menyekat pengaliran darah. Mulut
pesalah disumbat ketat dan rantai digunakan untuk mengikat lehernya.
v) Tembak
Hukuman yang dijalankan secara tembakan akan dilakukan oleh
lima orang penembak tepat. Sebahagian dari penembak tersebut akan diisikan
senjata mereka dengan peluru kosong. Ini bermakna pembunuh sebenar adalah tidak
diketahui.
vi) Gas Beracun
Menerusi kaedah ini banduan akan ditempatkan di dalam bilik
yang berkunci dan tiada pengaliran udara. Gas hydrocyanic (asid hidroklorik +
potassium cyanide@sodium cyanide) yang dibebaskan akan menyebabkan kemusnahan
proses keupayaan badan untuk menghasilkan hemoglobin darah.
vii) Kerusi Elektrik
Hukuman ini dijalankan dengan menggunakan sebuah kerusi
yang direka khas dimana banduan akan dikehendaki duduk atas kerusi dan badan
serta kepala banduan akan dilekapkan dengan elektrod tembaga yang dihubungkan
kepada bekalan elektrik.
viii) Suntikan (Lethal Injection)
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan 3 kelas bahan
kimia yang berbeza jenis dan kuantiti. Sodium Thiopental akan disuntik dan
menyebabkan banduan tidur dengan nyenyak. Selepas itu, Pancuriom Bromide akan
disuntik dan menyebabkan banduan berhenti bernafas dan pengsan. Akhir sekali
Potassium Chloride akan disuntik dan jantung banduan akan terhenti.
B.
REAKSI PELAKSANAAN
HUKUMAN MATI
Terdapat pelbagai reaksi yang melahirkan pandangan yang pro dan kontra terhadap hukuman yang dikenakan. Bagi mereka yang bersetuju dengan hukuman mati, menganggap ianya adalah satu bentuk deraan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukuman mati akan memastikan mereka tidak terlibat semula dan mengulanginya. Sebagai satu pengajaran kepada umum, terdapat negara yang menjatuhkan hukuman mati di khalayak ramai dan di kawasan lapang atau tempat awam. Di negara kita, hukuman gantung dijalankan secara tertutup.
Terdapat pelbagai reaksi yang melahirkan pandangan yang pro dan kontra terhadap hukuman yang dikenakan. Bagi mereka yang bersetuju dengan hukuman mati, menganggap ianya adalah satu bentuk deraan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukuman mati akan memastikan mereka tidak terlibat semula dan mengulanginya. Sebagai satu pengajaran kepada umum, terdapat negara yang menjatuhkan hukuman mati di khalayak ramai dan di kawasan lapang atau tempat awam. Di negara kita, hukuman gantung dijalankan secara tertutup.
KESIMPULAN
Hukuman mati adalah hukuman yang paling berat yang hanya
dikenakan ke atas kesalahan yang berat untuk menjamin keselamatan dan
kepentingan umum. Saya
percaya pentadbiran mahkamah mengambil keputusan yang teliti dan hakim
berhati-hati apabila ingin menjatuhkan hukuman mati. Hukuman mati pada dasarnya
haruslah difahami sebagai suatu hukuman yang diberikan kepada seseorang, bukan
hanya atas pertimbangan perbuatan masa lalunya (kejahatan yang telah dilakukan)
tetapi juga keyakinan bahawa orang yang disabitkan tidak dapat diperbetulkan
atau dibina kembali kepercayaan bahawa mereka tidak lagi melakukannya. Hukuman
mati juga sebagai satu pengajaran dan keadilan bahawa hutang darah mesti di
balas dengan darah dan sebagai satu timbal balas di atas jenayah berat yang
telah dilakukan. Tentunya, kerangka pemikiran seseorang individu mengenai
pelaksanaan hukuman mati ini menjadi sangat luar biasa dan hanya terbuka dengan
melihat kepada kemungkinan berlaku bagi kejahatan yang sangat luar biasa (very extraordinary crimes).
RUJUKAN
Azman
Mohd Noor. (in press) Hukuman
Mati Mandatori: Satu Analisis Menurut Pengamalan Undang- Undang di
Malaysia dan Syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 14-2. Retrieved from http://www.ukm.my/juum
Jabatan
Penjara Malaysia.(2010). Retrieved from
Pengurusan
Banduan Hukuman Mati.(2004,15 Disember). Retrieved from